Thursday, January 29, 2015

Lioele Egg Ampoule Set

Hari ini tergerak pulak jari kakak yang gebu lagi mulus ni nak menari-nari di atas keyboard untuk berkongsi satu produk kecantikan yang datang jauh nun dari Korea, Lioele Egg Ampoule Set. 1st time jumpa dan guna produk ni mahu terbelit lidah aku nak nyebut tahu. Tapi sungguh pun begitu, jangan pandang produk ni pada nama sahaja ya kawan-kawan. Aku kenal produk ni pun dari mama lepas tengok perubahan wajah mendadak beliau dalam masa seminggu dan rupanya mama beli produk Lioele Egg Ampoule Set ni pun dari TV Shopping Go Shop dekat Astro. Okay, advance sangat tau mak kita ni shopping dekat TV. Anak dia ni pun tak gheti. Kahkah.

So nak dijadikan cerita aku start guna produk ni lepas aku tengok wajah mama makin berseri macam naik seri pengantin ngalahkan anak dia yang nak kahwin ni. Serious tak tipu, could u imagine wanita berumur 50 something memiliki kulit wajah yang kemerah-merahan macam retis Korea yang dok kpop sana kpop sini tu? Haish sumpah kita jeles tahap ke 10 tau! Tapi ternyata mama kita bukan kedekut orangnya, kita pun dapatlah berkongsi sekali sekala produk Lioele tu. Sekali sekala je hokeh, kalau berkali-kali naya hakakk kompem kena marah dengan mama. Hewhew.

Tak boleh dinafikan mana-mana produk keluaran Korea sekali pun mesti akan best punya dia punya result. Like me, 1st time my skin face makin lembut dan licin nak kata flawless tu idok lerr sebab kulit muka macam aku ni memang makan bulan nak flawless miahaha sebab masalah liang pori besar dari dulu sampai sekarang tak pernah jumpa pangkal jalan. Nak-nak pulak sekarang status berkongsi produk, so takkan la nak tibai hari2 kang mahu mama tibai aku balik. Kalau mama tibai produk tu hari2 tak apa sebab memang guna duit dia, miahaha.

Tapi seriously muka pun dah kurang berminyak. Jerawat jangan cakap, memang dari dulu segan nak hidup. But 1 thing im sure about this product is kalau rajin guna tiap malam before tidur, kompem flawless habis. So jangan skip2 bila guna. Haish bilalah tanak skip2 nih, tunggu ajela Lioele Egg ni dekat dulang hantaran, tu pun kalau hado *dengan harapan incik tunang baca :p

So kat bawah ni some of picture mengenai Lioele Egg Ampoule Set. Produk ni baru lagi so tak banyak sangat review dari kalangan para blogger mengenai produk ni. So tak apalah meskipun hanya berkongsi dengan mama, tetap jugak nak share dengan chuols supaya chuols tau kebaikan dan kebestan produk ni. Dan mana tahu after this maybe boleh try? Yes of course u must try! And mana nak beli? Boleh cari kat GoShop punya web RM 169 shj dapat Lioele Egg Mask n Egg Yolk Cream:)

Cara guna (Syaza way);
- Basuh muka bersih-bersih
- Lap muka kemudian sapu Lioele Egg Mask di seluruh wajah dengan cara sapuan menaik
- Biarkan dalam 1 jam(boleh tengok tv or buat apa yg patut) pastu agak2 dah kering dan tegang, lap muka dengan sponge yg dibasahkan dengan air suam. Kalau tak ada pun tak apa, just basuh dengan air biasa tapi jangan cuci dengan cleanser.
- Dah lap muka, guna toner kemudian sapu Egg Yolk Cream.
- Dah siap, tidur!


Ampoule Mask yang bertindak sebagai Mask. Superb lifting!

Egg Yolk Cream yang disapu selepas menggunakan Ampoule Egg. Tekstur sumpah ringan dan best.

Aku budak liang pori besar. Haha.



Sekian untuk review pada hari ini. Nak tanya apa2 boleh direct instagram me.

Adios!




3 comments:

Anonymous said...

Awk.. kita mmg guna product ni & hasilnyer mmg terbaek.

rabiatul adawiyah said...

Waa...sy bru je lepas tengok iklan tu kt goshop..bleh masuk buylist ni

Anonymous said...

salam...pa kndungan produk ni?
xda paraben ke tau dangerous chemical substances?

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com