Thursday, April 2, 2015

Antara Belakang Dan Depan.

Maksud atas ni, antara tegur depan atau cakap belakang korang prefer mana? Actually topik ni dah lama aku kupas kat dalam akaun Twitter aku. Macam biasalah, Twitter is the best untuk merapu bukan-bukan selain dari blog, takkan nak merapu dekat Instagram pulakkan..tiba-tiba post gambar senyum kambing posing depan beca depan bangunan Stadhuys lepastu caption kebabom perli orang macam nak carik gado macam dah ready tunggu kat bustand...apahal? Hahaha selalu ya berlaku macam tu kat Instagram sepanjang penglibatan aktif aku dalam Instagram tapi alhamdulillah bersyukur kerana masih belum berlaku dekat diri aku lagi setakat ni xD

Sekarang ni ramai suka main tegur belakang dari tegur depan-depan. Hamboii permulaan ayat perenggan kedua intonasi kemain pidato lagi kaw. Tapi betul tak? Sekarang ramai kan tunjuk baik dari berbuat baik. Kalau ada pun buat baik adalah sangat minima untuk mengikhlaskan diri. Tapi bukan nak kupas samada ikhlas atau pun tidak, tapi pasal tunjuk baik. Tak payah cari contoh jauh sangatlah sampai ke Zimbabwe sana, tengok paling dekat je..macam artis. Dekat Instagram dorang je kalau gambar terpeleot sikit, dah bertubi-tubi ustaz ustazah datang bagi nasihat. Memang agak sangat annoying baca komen dorang tapi satu je aku respect mereka ni, berani menegur. Yes kalau kau rasa benda tu salah pada pandangan mata kau, kau tegur depan-depan.

Yes tegur depan-depan okay kakak-kakak adik-adik yang mungkin ada sifat tunjuk baik yang sedang begitu asyik baca entri aku ni. Bukan tegur dengan update status dekat FB/Twitter lepas tu dengan harapan orang yang kau tujukan kat dalam status kau tu baca. Bhaha what for? Itu stupid punya kerja okay. Lepas tu, kembang kempis lubang bontot kau ada yang komen setuju dekat status kau kan, paling tak pun LIKE takat 20 pun dah buat kau puas hati. Eh tak faham aku kadang-kadang. Kalau kau rasa tak begitu baik di mata kau dan kau terus nak menentang benda tu, kenapa kau tak tegur dia? Kenapa perlu tambah dosa update status yang belum tentu dia baca? Kalau dia baca? Tambah dosa lagi sebab kau dah buat dia rasa sakit hati dengan status kau. Pastu kompem perang dingin. Dalam Islam pun ada cakap, kalau tak suka bantah guna lisan means dekat orang tu secara baik, paling tak pun guna hati, dah cukup. Ada ke bantah guna update status? Idok kann. 

Tapi itulah yang paling ramai umat Islam kat Malaysia ni praktikkan sekarang ni. Asal tak suka sikit je dekat si polan pondan polarbear tu, mesti update status berapi status nak kasi sentap punya. Tak baik tahu. Aku buat entri ni pun bukan sebab kena dekat aku tapi aku melihat dan nak-nak kalau aku tahu status tu untuk siapa, memang rasa tak best sangat walaupun diulang lagi sekali status itu bukan untuk aku. Huhu.


Renung-renungkan dan Selamat Beramal :)
adios!



LIKE if suka entri merapu ni.

No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com