Thursday, October 15, 2015

Checklist Majlis Pertunangan Syafiqah Syaza Ibrahim


Sebenarnya lama dah nak buat entri ni tapi ada saja halangan yang menduga untuk mengelakkan jari jemari gemukku menari-nari di atas keyboard sampailah lagi berapa bulan je lagi nak bersalin baru ada kerajinan sedikit di dalam diri ini sekaligus berupdate jugeklah blog ni kalau tidak asyiklah entri Lioele Egg mask tu jeh khen.

Untuk pengetahuan semua, ceh kemain kau semua kan..majlis pertunangan ini agak ekspres jugak, sebulan je buat persiapan. Mana taknya, sebulan kenal kekawan terus decide nak tunang. Kau rasa?? Tapi syukur alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Dari baju, pelamin, solekan semua sendirian berhad ya anak-anak sangat jimat berbaloi-baloi. Disebabkan a month before majlis kitorang ada jenjalan dekat Shah Alam/Klang, so aku beli semuanya di sana.

So bawah ni antara list persiapan majlis pertunangan aku:

Tarikh merisik dan pertunangan: 25 Oktober 2014

Lokasi: Kg Kesang Tasek, Sg Mati Muar Johor

Masa: 2:00 petang

Bil Tetamu: 200 orang

Jumlah Hantaran
* Lelaki kpd perempuan: 7 dulang
* Perempuan kpd lelaki: 9 dulang

Lelaki kpd Perempuan
1. Sireh Junjung
2. Sejadah
3. Telekung
4. Buah-Buahan
5. Kain Baju Kurung
6. Al Quran
7. Lupa pulakkk

Perempuan kpd Lelaki
1. Sireh Junjung
2. Sejadah
3. Buah-buahan
4. Coklat dan Manisan
5. Kek
6. Baju Kameja
7. Set Tali Pinggang & Wallet
8. Kuih Muih
9. Telur Ayam Rebus & Pulut


Baju, Makeup, Mini Pelamin & Fotografi
1. Dress (Pink Belacan/Biru Turqoise) - Plaza Shah Alam Sek 9 Shah Alam (RM 280)

2. Shawl (Biru Turqoise) - Zawara Online (RM 59)

3. Bunga Tangan - Buat sendiri (pemegang bunga RM5, beli bunga 3 tangkai RM10)

4. Mini Pelamin - Disebabkan aku buat mini pelamin customer so aku buat sendiri. Boleh checkout puteriirosia.blogspot.my (bajet RM 230)

5. Make Up - Disebabkan aku pun tukang mekap a.k.a MUA, so mekap pun sendiri.

6. Fotografi - Sponsored by my adik lelaki yg merupakan photographer. Boleh checkout his FB Ewan Ibrahim, fotografi tunang dia amik RM 500 je.

Makanan dan Dessert
1. Makanan Tetamu - Nasi Jagung, Sambal Ayam, Paceri Nenas, Daging Kurma, Nasi Putih, Nangka Masak Lemak, Ulaman (Rewang by sedara mara)

2. Dessert - Kuih muih tradisional, pelbagai jenis kek (gift by sedara mara)

Khemah, Meja Makan, Kerusi dan Hiburan
1. Khemah, Meja Kerusi - Sewa dgn orang kampung RM 300 utk 2 khemah

2. Hiburan - For the 1st time tak terfikir pun, but masa majlis The Siblings Band pun datang (anak buah makcik) so dorang dgn baik hatinya menghiburkan para tetamu.

Tambahan:

Persiapan Cantikkan Diri

SPA - Bajet RM 200
1. Facial Treatment
2. Lulur & Sauna, Mandi Bunga
3. Manicure & Pedicure

Scalling Gigi - RM 2 je sebab buat dekat Klinik 1Malaysia

No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com