Tuesday, December 15, 2015

Review: Supplements Semasa Hamil

Assalamualaikum.

Wahhh dah lah lama tak update blog, tiba-tiba tetakde ribut takde taufan ngupdate pasal hamil pulak chuolss. Maaf sebab lama nyepikan diri, since berkahwin bulan Mei lepas hidup terus sibuk sebab iyalah dah bukan nguruskan sorang, dah ada laki nguruskan laki pulak. Huhu.

BTW alhamdulillah, kita disahkan pregnant sebulan selepas berkahwin. Tengok bulan kedua kemain takde je period, terus beli pregnancy test dan alhamdulillah rezeki cepat ya amat. Betul2 berkat mama dan suami yg ajar kita jangan aktif sangat selepas kahwin sebab nak2 masa nikah memang betul2 tengah habis period,.

So sekarang dah masuk kandungan ke bulan 7. Haa cepat je kan. Dalam masa tengah hamil, beria google sana sini tengok supplement yg sesuai untuk diamalkan sepanjang hamil,tengok fanpage Info Ibu Hamil lagi untuk gain info.  Tak kurang asyik dok kacau anak pengasas Sendayu Tinggi je dekat Facebook iaitu Puan Yatie tanya supplement ST apa yg ok sepanjang kehamilan sebab masa anak dara sampaila nak kawen memang sentiasa amalkan supplement SendayuTinggi iaitu DFolia untuk dalaman. So masa hamil kena stop tapi nak jugak jalinkan 'hubungan' dengan produk Sendayu Tinggi, satu produk pun jadilah, haha.

Sebenarnya banyak supplements dan produk yg bagus bagus untuk ibu2 hamil dekat pasaran Malaysia ni, tapi dekat bawah ni  merupakan antara yg kita makan sepanjang kehamilan.

supplement vitamin semasa hamil

1. Asid Folik
Disebabkan checkup di klinik gomen, so bila dapat tau pregnant dorang terus bagi asid folik untuk dimakan sampai usia 3 bulan.  Penting makan untuk tumbesaran bayi. Asid folik pun boleh dapat dekat farmasi mcm Watson or Guardian dengan harga RM0.95 sepapan. Those yg nak hamil pun boleh consume ni.

supplement vitamin semasa hamil

2. Obimin
Habis je slot loya muntah2, masuk 4 bulan doktor suruh stop asid folik dan bagi makan pil Obimin. Memula tak consume sangat sebab dgr ura2 kalau makan obimin baby jadi besar, takut terlebih berat..huahua. Tapi sebenarnya obimin pun sama penting mcm asid folik. Boleh juga dapat kat farmasi luar dengan harga RM 20+ eh ke bawah RM50 camtula.

supplement vitamin semasa hamil

3. Kalsium
Kita makan pil kalsium lepas btau doktor selalu cramp kaki. Doktor cakap kurang kalsium, so dia bagi pil kalsium. Disebabkan masuk kandungan ke 7bulan, jadi cramp betis masa tidur is normal. Pil kalsium pun boleh dapat kat farmasi dgn pelbagai jenama dan harga. Tak tau sangat harga sebab tak survey.

supplement vitamin semasa hamil

4. Neurogain PB
Kita consume lepas ramai ibu2 hamil baik kat fesbuk ke, blog ke, instagram ke semua consume Neurogain masa masuk 7 bulan. Neurogain mengandungi 500mg DHA dan segala A baik untuk otak bayi. Disebabkan checkup klinik gomen je selama ni, manalah dorang nak bekalkan Neurogain kan mcm klinik private, so gigih hakak beli kat Guardian dengan harga RM 50.80 satu. Kalau Watson mahal sikit..RM 60 something.

supplement vitamin semasa hamil

5. Spirulina Sendayu Tinggi
Kita makan lepas Puan Yatie sarankan kita makan masa borak dgn beliau dkt fesbuk plus tengok blog Puan Yatie ST, beliau pun consume Spirulina masa beliau hamil. Beli dekat outlet ST Bukit Baru RM 35,baik untuk kecantikan kulit bayi. Boleh jugak beli spirulina lain, mcm Spirulina Organik botol besar okay kat Watson RM 60 sebotol.

supplement vitamin semasa hamil

6. Minyak Kelapa Dara Dherbs
Orang cakap makan minyak kelapa dara atau VCO pun bagus terutama bila dah masuk trim 3. Ingat nak consume VCO from Catalyst, sekali terpandang pulak VCO Dherbs tapi bukan softgels ya..dia kena minum. Pilih Dherbs sebab kat luar kotak dah macam terang lg nyata VCO dia tu mmg untuk ibu hamil. So terus beli dkt kiosk jamu dgn harga RM 25 dari harga sebenar RM 30.

supplement vitamin semasa hamil

7. Pati Delima Gulsan
Pati delima ni kita start consume masa nak masuk 7 bulan jugak, sebab sebelum ni consume kordial Sunnahh Delima Manggis Madu. So bila dah habis, baru cari pati delima Gulsan. Beli dekat kiosk jamu dlm Giant Cheng Melaka dgn harga RM12 saja, murahkan? Tempat lain tak sure berapa..tapi normally RM 15 to RM18. So tawarlah selagi boleh. Hihi.

supplement vitamin semasa hamil

8. ESP Shaklee
Ikutkan tak mampu nak minum sebab harga dia pepaham jela, tapi alhamdulillah Ini tak beli sebab mama bagi. Sedap minum shake dengan sunquick Atau milo. Kalau kosong, tak prefer sangat, hewhew. Tapi ni dah nak habis terpaksalah beli sendiri Melalui mama sebab mama agent Shaklee.

Tambahan:


1. Air Kurma Nabeez
Selain supplement di atas, kita pun ikhtiar benda lain jugak untuk kehamilan ni. sebab kita tak rajin makan kurma so kita just minum air rendaman kurma iaitu air nabeez. Kalau macam tak nak rendam2 pun, terus blend buat jus kurma pun sedap jugak. Jenis kurma tak kiralah apa jenis skali pun, tapi lebih baik Kurma Ajwa.

supplement vitamin semasa hamil

2. Susu Anlene
Mula2 nak consume Anmum la, Enfamama la tapi sebab nurse2 semua bising tak galakkan minum sebab kandungan gulanya tinggi boleh buat si ibu kencing manis dan baby terlebih besar, terus tak jadi consume. So, agar baby dapat khasiat kita minum susu Anlene coklat pehh memang sedap mcm milo. Haha. Cuba yg plain ori tu, memang tak larat nak habiskan.

So atas ni antara yg kita makan sepanjang kehamilan. Semoga berguna buat ibu2 di luar sana ya. Oh sebelum kita end this entry, kat bawah ni pun antara list supplement dan produk yg baik untuk ibu2 hamil. Cuma kita tak consume je, in shaa Allah kalau ada rezeki lagi 2nd pregnancy pasti consume.

supplement vitamin semasa hamil
supplement vitamin semasa hamil
1. BeauMama/Seri Ibu
Kalau korang pengguna Instagram, boleh cari hashtag guna nama supplement atas ni, memang tengah leletop skg ni sebab Erin Malek(BeauMama), Hanez Suraya(Seri Ibu), Wawa Zainal (BeauMama) pun makan. Bagus untuk elak kulit si ibu kusam sepanjang kehamilan dan baik untuk baby dalam perut jugak. Harga RM 59 untuk BeauMama, RM 45 untuk SeriIbu.

supplement vitamin semasa hamil

2. Susu Kambing Lazz
Orang kata bagus minum susu kambing sepanjang kehamilan, tak kiralah jenama apa sekalipun tapi yg kita review Susu Kambing Lazz ni tapi tak apalah minum susu Anlene nak habiskan pun tak larat..huhu. Ini pun antara yg top skg ni. Harga RM45.

supplement vitamin semasa hamil

3. Pati Sarang Burung
Lagi baik kalau dapat pati sarang burung yg pure punya. Yang orang sendiri usahakan dan buat sendiri, macam dekat Muar ada satu pakcik kawan abah dekat kampung dia jual RM100 untuk 1.5L tapi memang sedap. Tak hanyir. Tapi sebab tatau la kawan abah jual lagi ke tak, takdela beli. Kalau bajet lebih boleh beli pati sarang burung kat farmasi.

Okay itu yg kita dapat kongsi dekat korang semua. Semoga bermanfaat ;)


Adios!

No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com