Monday, December 14, 2015

Tips Cepat Hamil Bagi Pasangan Baru Berkahwin

Tergerak nak buat entri ni lepas ramai tanya aku kenapa, macam mana, bagaimana lepas sebulan kahwin terus disahkan hamil? Alhamdulillah, aku pun tak menjangka secepat ini tapi dah rezeki aku dan Edy terima dgn gembira sebab lagi 3 bulan kami dah tak berdua, dah bertiga pulak :)

Aku buat entri ni based on pengalaman ya, so janganlah kecam cepat sangat bila tengok entri ni. Aku just share apa yg aku lalui dan baik untuk dikongsi bersama. Mana yg boleh diikut, ikutlah. Kalau tak, ignore jela ya. So taknaklah ngomel pepanjang kan nanti enkorang bohsan pulak nengok eKalau kemain pepanjang nau nau!

1.Persiapan Dari Zaman Anak Dara
Persiapan dari zaman anak dara itu penting ya kawan2, even maybe ada certain anak dara akan be like "Euww buat apa nak consume benda ni semua?" Helo kakak, kalau muka je cantik tapi dalaman tu tak jaga payah juga. So start skg rajin2 lah amalkan jamu untuk dalaman. Tak suka yg bancuh belilah yg kapsul punya, berlambak untuk anak dara. Jamu Dfolia, Jamu Almira dari IbuHalimah, Jamu Putri Binari dari Mustika Ratu semua ada. 


a) Jamu DFolia Sendayu Tinggi
Aku memang pengamal jamu dan supplements tegar masa anak dara. Tapi tak adalah aku tibai semua segala jamu yg ada. Aku consume jamu DFolia dari Sendayu Tinggi sebab masa mula2 consume aku ada keputihan dan period tak teratur, so lepas amalkan ni terus hilang masalah dan aku consume sampai nak kahwin Sebab dah biasa makan. DFolia sangat bagus untuk rahim kita ya kawan2 esp yg nak hamil Cepat tapi dlm masa sama ada masalah period tak teratur atau keputihan teruk (simptom lambat hamil).


b) Supplements
Selain jamu, aku turut amalkan supplements yg dibeli secara direct from oversea melalui laman web iHerbs. Kenapa beli dari oversea? Sebab lagi berkualiti kesan dia dan agak murah walaupun 1 botol contains so many hundreds tablet/softgels. Antara yg aku consume is Vitamin C dan Glutathione dari brand NowFoods, Omega 3 from Natroll. Cara2 nak beli pun aku ada attach entri, so boleh KLIK SINI

2. 'Bersama' Ketika Sedang Betul-Betul Subur
Kenapa aku cakap cenggini? Sebab masa aku kahwin aritu pun memang ngam-ngam nak habis period, mungkin gak tengah subur so itu yg lekat cepat. So makesure pilih date kawen pun based on waktu subur, jgn pilih date sebab cantik bagai ya.

3. 'Berpantang' Sebelum Sampai Tarikh Period Selepasnya
Jaga persiapan anak dara dah, bersama waktu subur pun dah. Apa lagi nak buat? Yes masa inilah tolong berpantangkan diri ya. Aku ingat lagi lepas kawen, sementara nak tunggu kot ada atau tidak period bulan seterusnya, mama aku paling concern jaga aktiviti dan makanan aku amik. 

a) Jangan Aktif Bersukan atau Gim
Dah lepas bersama waktu subur, tak boleh aktif bersukan main gim bagai konon nak kuruskan badan takut tak lekat katanya. 

b) Jangan Makan Nenas/Rebung/Minum Air Tebu dsb
Jangan makan nenas atau 'benda' tajam nanti tak jadi.  Kira anggap masa tu kau konon2 tgh hamil so kena stop buat benda yg memudaratkan kandungan. 

Tak tau la betul or tak,  tapi memang aku ikut habis pantang tu dan alhamdulillah next month tak dtg period terus buat pregnancy test dan disahkan hamil.

Bila dah disahkan hamil, bolehlah pergi klinik kesihatan buat buku pink Untuk checkup kehamilan setiap bulan. Jadi diharapkan dgn tips yg tak seberapa ni dapat membantu wanita2 kat luar sana yg merancang untuk hamil. Moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat semua. In shaa Allah ameen.

No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com