Friday, April 22, 2016

Hello Bunda's Friends! My Name Is Syarah Raihanah :)

Dah lepas 9 hari berpantang baru nak kenalkan si kecik si comel dedebot err okay tak cukup debot lagi sebenarnya dekat sini. Lemme introduce to all of u, my precious daughter Syarah Raihanah bt Muhammad Rasidi. Panjang tak nama? Tak panjang kan? Senang je kan sebut? Hewhew. Actually she supposed born on 21st February but tak tahulah mungkin dia selesa sayang dalam perut bunda dia dan dia macam tetau pulak 29 February tu jarang muncul, so dia pilih 29 February untuk keluar melihat dunia di Hospital Pakar Muar Johor. Yessss... 4 tahun sekali je ye sambut besday, sangat menjimatkan kos ayah dan bunda dia. Bagus anak sedari dalam perut sudah pandai belajar jimat cermat ;P

Syarah Raihanah. Aku yg pilih nama tu sebab aku tak tau kenapa aku suka dengan nama Raihanah. Sepatutnya Syafi Raihanah tapi dah si Edy fikiran dia kemain menerawang jauh naunau mikir nama tu iras nama produk skincare Safi Rania. Lepastu dia cakap nanti kesian baby bila kat sekolah dah besar nanti asyik kena ejek sebab nama macam nama produk. Erk? Okay fikiran Edy sampai ke tahap itu sangat melangkaui jangkaan aku. So, okaylah kita kasi tukar nama ke Syarah Raihanah yg bermaksud wanita cantik baik jiwanya.

Alhamdulillah walaupun Syarah keluar 8 hari lewat dari tarikh asal, Syarah tetap sihat walafiat dan alhamdulillah doa aku diperkenan oleh Allah agar Syarah jangan ada penyakit demam kuning dan memang Syarah tak ada demam kuning dari lahir sampai sekarang. proses lahirkan Syarah pun agak mudah sebab jam 6 petang aku masuk labour room, 8.20pm Syarah dah lahir. 

Cukup kot cerita pasal lahirkan Syarah ni, nanti kalau rajin aku kupaslah topik yg lebih mendalam di entri lain pulak. Bawah ni antara gambar Syarah yg dapat aku kongsikan. Dua keping jela ea, lelebih lemak pulak kau ni kan. Huhu.




No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com