Friday, April 22, 2016

Kenapa Aktif Blog Semula?

Sekian lama mendiamkan diri di persada dunia blogger tiba-tiba aku kembali. Wah gituuu kemain kau. aku akui atas kesibukan 2015 aku jadi tak berapa aktif berblogging. Alih-alih tahun 2016 selepas berkahwin dan punya anak barulah terkedek-kedek nak aktif blog. Oh Syaza ada anak dah? Iya saya..saya dah kawen dan ada anak sorang pun jadi sudah-sudahlah ganggu saya dan kehidupan saya..haha sengal.

Back to the story, aku kembali berblogging selepas melihat blog ini dipandang sepi begitu saja. sepi tak sepi lah aku tengok Nuffnang gerak jugak kenkadang tapi usually Nuffnang 'tidur' bila visitor datang so aku rasa agak tertekan di situ dan mula persoalkan Nuffnang, why Nuffnang? Kenapa kau tidur dengan lena sehingga bermimpi di siang hari taktala tetamu datang ke rumah? LOL.

2nd sebab blog dan penulisan memang dah sebati dalam diri. Kalau siapa yg kenal aku mesti dorang tau aku ni kaki tulis kaki naip. Apa benda sahaja yg melibatkan jari dalam mencipta sebuah ayat pasti aku suka. So kau ingat selama aku tak aktif berblogging aku tak gian? Gian wehh, sebab tu aku tulis diari tapi tu pun suami aku suka amik dan baca senyap2, iskk.

3rd antara sebab paling kuat, sebab aku sunyi. Aku tak ada kawan nak bercerita , ada pun dah tak mcm dulu so blog is medium tempat aku lupakan segala masalah if ada. Bukan tempat bercerita masalah ya. Btw aku pernah cuba borak dengan Syarah tapi guess what dia pulak cakap banyak dari bunda dia..haha pening. Tapi satu je tabik dekat Syarah, kalau bunda dia sedih or nangis, dia suka diam dan tenung lama2..dia faham barangkali. She's such a good girl.

Adios

No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com