Wednesday, April 20, 2016

My Berpantang : Jamu a.k.a Air Rebusan

Sekarang 4am guyss, memandangkan adik aku si Mia tu ada data 15GB dari waktu 1am - 7am, so selepas uruskan Syarah yang agak suka bangun malam usually at 4am, maka aku terus bukak laptop untuk berblogging. Hai Nuffnang team, nampak tak betapa gigihnya saya sekarang berblogging? Haa bolehlah letak banyak sikit iklan dekat blog saya supaya orang yg datang baca blog saya boleh klik-klik kaching-kaching! Hewhew

BTW bila melihat topik yang tersegam indah dekat atas, aku tahu kau dah naik nyampah sebab blog aku ni asyiklah cakap pasal jamu-jamu-jamu dan jamu! Sampai kau pun naik jemu. Tapi maaflah aku terpaksa jugak post sebab mungkin ada certain wanita atau perempuan (err okay wanita dan perempuan bukan satu jantina yg sama ke??) yang follow entri berpantang dalam blog aku ni nak tau lebih lanjut tentang apa lagi yang aku consume/makan untuk kesihatan dalaman semasa berpantang. Ceh cakap ya-ya oww je aku nih, walhal takde pun, kah!

Macam kau tahu, entri sebelum ni aku dok pungpangpungpang pasal aku consume Jus Fihydar untuk penambahan susu badan dan kekal kenyang pasal aku nak kurus lepas pantang plus aku consume Set Amme Complete by Sendayu Tinggi untuk jaga kesihatan dalaman sepanjang berpantang. Yela, nama pun bersalin, kompem banyak urat putus khenn. Bak kata mak-mak, banyak urat putus termasuklah urat kentut! LOL! Tapi aku rasa aku tak putus urat kentut lagi kot sebab sepanjang berpantang, non stop jugak keluar angin dari dalam badan, bhahaha apa ni Syazaaa..cerita kentut-kentut, haish mati selera betul! 

BTW selain dari dua benda ni, aku pun ada amalkan jamu yang aku sendiri buat ya anak-anak. Haa gila rajin tak rajinlah aku ni. Aku siap google untuk resepi air jamu lagi. Tak cukup tu, join group WhatsApp mak-mak orang jugak chuollss..siap noob gila tanya kakak-kakak gojes dalam group tu cemana nak buat air jamu. Best jugak bila masuk dalam group WhatsApp tu, memula je kau akan rasa group tu macam mak-mak sangat! Tapi at the end, kau sendiri akan kena redha dan sedar diri yang kau pun dah jadi mak-mak. Hahaha. Oh by the way, if ada para ibu or ibu-ibu yg nak join group WhatsApp Mama Gojes tu boleh inform ea, lelaki tak boleh! :P

So back to the story, hasil dari segi pembacaan google dan perkongsian dari kakak-kakak gojes dalam group WhatsApp tu maka terlahirlah dua air untuk ku minum sepanjang berpantang dan juga selepas pantang iaitu jamu air manjakani madu dan air pegaga. Actually jamu air kunyit asam pun bagus jugak untuk masa time dalam pantang plus masa memuda bebujang dulu pun rajin minum tapi tak rajin buat sebab selalu tempah dengan makcik Indon cleaner kat tempat kerja mama tapi aku tak buat lagi sekarang ni sebab aku tengah konsisten breastfeed Syarah, maka aku terpaksa hold sekejap kang ada terkincit budak tu, memerah punggung siapa nak jawab? Dahlah ayah Syarah garang! Erk..haha.

So aku akan minum dua air ni setiap pagi sebelum sarapan. Bawah ni resepi air jamu tersebut:

JAMU AIR MANJAKANI 
(untuk merapatkan dan mengetatkan bahagian Miss V)

3 biji manjakani (boleh dapatkan di kedai runcit sepeket RM 2 ada 10 biji)
Gula batu
Madu Asli
1 periuk air

(combine semua, rebus dalam 1 periuk sampai berubah warna jadi pekat)


AIR PEGAGA 
(untuk awet muda & naik seri)

Daun pegaga
Gula batu
1 periuk air

(combine semua, rebus dalam 1 periuk sampai berubah warna jadi kehijauan pekat)

Aku ingat nak attach gambar air yang aku buat tu, tapi maaflah stok jamu air manjakani aku dah kehabisan malam tadi, sebab aku minum sebelum tidur. Normally, memula minum air manjakani biasalah akan rasa macam pahit kelat likat sangat air manjakani tu, tapi lama-lama akan rasa eh sedap pulak. Nak rasa sedap lagi, before minum kacau dengan sudu plastik madu asli. Ikut sukalah nak banyak mana, tekak kau kan. Bukan tekak aku :'D Dan biji manjakani yang kau dah rebus tu tadi jangan dibuang pulak, nak lagi best ambil biji manjakani tu makan dengan nasi panas-panas untuk keputusan yang optimum, pastu bolehlah start bereksperimen dengan suami..haha jangan buat kerja gila okay! pantang dengan suami is 100 hari..dan even selepas 100 hari pun belum tentu boleh eksperimen kalau kau ada penyakit fobia bersalin, LOL.


adios!

No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com