Friday, April 8, 2016

MyBerpantang: Amme Complete Set by Sendayu Tinggi


Kalau nak tahu dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah miss dengan produk Sendayu Tinggi. Gila tak gila lah kan aku ingat lagi masa umur aku 13 tahun, aku dah boleh kenal Puan Yatie Sendayu Tinggi. Haa gila kan? Kenal dia masa tu dia jadi testimoni bagi produk-produk Sendayu Tinggi dekat dalam Majalah Mingguan Wanita, bayangkan betapa berkesannya dia punya iklan dekat budak yang baru berusia 13 tahun masa tu, bhahaha. Dan percaya atau pun tidak, disebabkan aku tau dia jadi lawa sebab jamu Dfolia, aku terus cakap dengan mama aku nak makan jamu. Haa kau rasa mama kasi??? Nan hado ek eh!

So disebakan produk Sendayu Tinggi amat sebati dengan diri aku dari bujang sampailah dah kawen so aku decide nak makan jamu masa dalam pantang pun dari Sendayu Tinggi walaupunnn kalau beli satu set rasa macam nangis tak nangislah dia punya harga, tapi apadehal disebabkan aku suka gila dengan SendayuTinggi dalam kurungan disebabkan aku taksub dengan SendayuTinggi, makanya aku tetap akan consume jamu from Sendayu Tinggi walaupun duit hakak takdelah sebesar mana.

So buat permulaan aku beli yang penting je dulu, aku beli jamu dari hari 1 - 30, krim anti stretchmark, dan sabun zeodari untuk dipakai buat sabun mandi masa pantang supaya kasi tanggal dan kasi putih badan yang dah kusam dek hamil 9bulan. So, masa dah hari ke 30, aku terus kasi list dekat Edy beli lagi jamu dari hari 31 - 60, guna duit dia..muehehe kata nak tengok bini pasang badan mengacam ketat aum2 mestilah kena korban duit skit kan. Disebabkan guna duit dia, maka aku pun ambil kesempatan dengan menambah produk Sendayu Tinggi yg lain seperti sabun Zeodari sebab dah habis dan TummyTone untuk masker perut agar leper dan kempis seperti sebelum ni.

So pada yg assume set berpantang Sendayu Tinggi mahal, aku cakap memang patut mahal sebab produk dan bahan dia sangat berkualiti tak buat baby sakit perut pun. Bahkan kau akan rasa sedap je badan sebab asyik terkentut2. So far aku turun boleh tahan banyak jugak, dari 70 kilo, sekarang hari yang ke 39 berat aku dah 56kilo lagi sekilo dapat berat asal tapi kalau turun lagi lebih lagi baik. Plus Sendayu Tinggi is not rebrand or repacking punya item, dorang ada kilang dorang sendiri okay, takdenya share2 kilang dengan produk lain. Haa tengok aku punya promote macam aku ni pekerja marketing upahan pulak bhahaha.

2 comments:

Hudaa said...

Salam, sis..nak tanya lepas sis guna sabun zeodari ni..ok tak kesannya?

Syazaa said...

Ok sis @hudaa highly recommended

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com