Wednesday, August 9, 2017

Say Yes to Drugstore Products!

Terlebih dahulu entri kalini bukan untuk memburukkan mana-mana lokal produk ya. Ini hanya pandangan aku dan ini blog aku, so please matang sikit jangan nak kondem saman-saman kayh. Kang kena aku saman kau, tak jadi apa kau lepas ni makan pasir je. 

Lately, my little sister actually not little sangatlah dah besar panjang pun umur pun dah 22 tahun. Dia lately aku tengok banyak dan suka beli barang skincare dari drugstore macam Watsons, Guardian, Caring Pharmacy tu. Bukan nak mengaibkan tapi inilah kebenaran sebelum ni masa dia still belajar in diploma kulit muka dia putih mulus gebus macam kulit telur. I keep asking her, apa dia guna sampai muka dia cantik cenggitu. Dia pun jawab dia guna tettt! Ya it's local products. Sekali adalah masa nak dekat konvo, dia stop guna that local products suddenly muka dia breakout habis. Ya Allah kiranya flawless lagi muka aku dari dia walaupun muka aku ni ada masalah big pores.

Dia pun akui muka dia start breakout since dia stop semua local products. So untuk kebaikan dan kesembuhan kulit wajah yang dikasihi lagi disayangi, dia stop sekejap dari mana-mana skincare products. So after few months, nampak dia dah start guna skincare dari drugstore macam Himalaya, Neutrogena, FREEMAN and so on. Then dia terus inform aku akan satu group Facebook yang sememangnya support drugstore products. Senang cerita kau masuk sikit pasal lokal produk habislah kau, memang habis sebab dorang ni takdelah anti-lokalproduk cuma anti-bahayakan diri..kah!

Tapi bagi aku group macam nilah bagus, menambah keyakinan kita pada drugstore products yang selama ni kita hanya memandang ringan dan remeh saja. Asal nampak produk Safi, Syahirah, Shurah, Eversoft pandang sebelah mata je konon takde nilai lambat result. Walhal, benda tulah paling selamat, kualiti terjamin, kilang pun hado. okaylah pengalaman sendiri dah almost sebulan pakai drugstore skincare products ni, memang nampak beza if konsisten dan yang penting skincare routine wajib jaga! Kau tak payah acah Korean sangatlah nak ikut Korean Skincare Routine pakai essence bagai kalau the simple step; mencuci, menyegar dan melembap pun berterabur dalam erti kata lain buat tak buat.

Tapi tulah gadis sekarang, perempuan sekarang semua nak instant result. Kalau boleh pakai produk putihkan muka pakai malam ni esok bangun tidur dah putih macam dinding. Kau gila ke apa? Tak pelik ke boleh putih dalam masa singkat walhal kau gelap dah berapa puluh tahun? Lepas tu guna skincare yg celah mana datang, entah ada based kilang sendiri ke tak kau sendiri pun tak tahu. 

So, cuba cubalah tengok dan join group Facebook yang aku bagitahu tadi tu. Mana tahu terbuka pintu hati nak kembali ke pangkal jalan (drugstore products), ahaks.




Adios!

No comments:

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com