Khamis, 20 Jun 2019

Cara Beli Tiket Movie GSC Murah Part 1

Disebabkan tiket GSC sold out habis masa aku nak taip untuk post cara beli tiket movie murah for Digi User, so aku decided untuk buat post cara beli tiket movie murah hanya guna Shopee dulu. 

Sebenarnya tak silap aku ada dua cara. Pertama, korang boleh taip dan search 🔎 dekat Google menggunakan keywords: PROMO CODE GSC. Nanti akan ada banyak laman web yang offer diskaun/promo code yang appear. Seperti contoh couponation, picodi and so on. Kalau bernasib baik ada promo code, boleh terus copy promo code dari website dorang dan paste kan masa beli tiket GSC secara online. 

Contoh dari laman web Picodi

Kedua, boleh terus ke Shopee apps. Hah yang ini yang aku nak ajar ni. Sebelum tu kalau takde, boleh download dari Google Playstore/Applestore secara percuma. Ok got it? Ok jom ke next part. 


Sebelum masuk ke bahagian Shopee, makesure korang dah tahu movie apa nak tengok, tarikh bila dan jam berapa nak tengok. Sebab benda ni sangat penting untuk next part. Mana nak tengok showtime movie? Boleh terus ke laman web GSC. Ok jom buka Shopee apps pula. 


So buka Shopee apps, taip dekat bahagian search: TIKET GSC atau pun MOVIE TICKET. Nanti akan keluar banyak seller yang offer tiket movie murah murah. Pilihlah yang mana berkenan kat hati. 


Then sebelum klik BUY NOW, tolong chat dulu dengan seller movie apa yang nak tengok, tarikh bila, jam berapa, dan berapa orang. Penting untuk seller  check dan inform dekat kau dulu berapa harga tiket yang dia offer. 


Nanti seller akan reply harga tiket macam kat atas ni. So untuk cerita Men In Black International pada hari ini jam 10:50pm, jatuh harga RM 14.15 untuk satu tiket. Macam murah kan? Ok jom semak direct dengan laman web GSC pulak. 


Ini harga jika beli tiket direct dari laman web GSC.  RM 17.50 untuk satu tiket. Disebabkan murah lagi seller Shopee tadi, apalagi ajomlah terus membeli di Shopee tadi. 


Di ruangan jualan tiket seller tadi, haa baru boleh klik BUY NOW. Nanti dia akan keluar macam ni, then klik harga yang seller bagitau kau tadi. Dan tukar kuantiti kepada 2 tiket.  Terus klik ADD TO CART


So total RM 28.30 untuk dua tiket. Boleh klik PLACE ORDER untuk pembayaran. Selepas pembayaran,  seller akan beri CONFIRMATION ID untuk redeem tiket dekat kaunter tiket GSC nanti. Tak payah nak gelabah print out sangatlah confirmation ID tu. Cuba belajar selamatkan alam sekitar sikit. Cukup kau hafal dalam kepala je/save dalam telefon je. Then nanti masa kat kaunter tiket, sebut je nombor confirmation ID nanti tahulah staf GSC keluarkan tiket untuk kau nanti. Haa nampak?  Kan paper less dah di situ 😊

Selamat berjimat cermat! 
Adios. 



1 ulasan:

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com