Sabtu, 15 Jun 2019

Wattpad: Be My Princess 1/2/3 Personal Review

Jujur aku bukan sejenis kaki novel. Novel pertama dan terakhir aku beli adalah novel Suara Hati by Anis Ayuni. Itu pun sebab aku terbaca salah satu bab novel tu dalam majalah Mingguan Wanita tak silap dan masa itu umur aku baru 14 tahun. Kahkah. Selepas itu, maaf takdela aku nak membeli novel cinta bagai ni. 

Tak minat baca novel cinta tak semestinya tak minat membaca dikk.  Minat. Tapi tak berapa suka yang sarat emosi. Yang buat aku sakit kepala lepas membaca. Jadi, pilihan bahan bacaan aku dari usia aku remaja sampailah nak masuk mak kepada dua anak la ni adalah novel remaja. Mostly yang cover kulit novel ada blink blink dan warna pink tu lepastu judul novel pun gedik semacam nak mampos. Haha.  Jangan gelak ok!  Itu je aku boleh baca sebab tak sarat emosi dan aku pun tak emosi membaca, so bila baca macam chill chill je..  LOL!  Rasa perasaan macam adik adik muda sangat walhal dah tua bangka! πŸ˜† 

So balik semula kepada tajuk entri, memang lama dan tidaklah aku nak baca novel cinta yang sarat dengan emosi, mainan perasaan sekaligus menyakitkan jiwa sekali bila membaca πŸ˜‚ Tapi nak jadikan cerita, masa aku tersempak dengan novel Be My Princess ni, masa tu aku tak pasti aku cari keyword apa dekat google tapi berkaitan Brunei tak silap. Oh ya..sebab aku teringin nak ajak suami aku bercuti dekat Brunei..entah mabuk ketum celah mana entah tiberr teringin nak ke sana πŸ˜…


So google punya google pasal Brunei, keluar wattpad novel Be My Princess ni. FYI, dah lama dah cerita ni tapi baru jumpa dan baca. Mula baca sikit je, sekali tersuka pulak sebab jalan cerita banyak sangat ni manisnya dari masin.  Imagine hampir kesemua bab tak boleh stop senyum seorang diri bila membaca. Sengih je manjangπŸ˜‚Nak tak nak bacalah sampai habis bahagian pertama ni. Awas ya kalau baca tolonglah istighfar lagi lagi yang dah kahwin tu. Silap haribulan kau boleh jatuh cinta dengan si Prince Mateen tu.  Aku? Alhamdulillah imanku tidaklah senipis bawang masih kuat lagi. Walaupunnn hampir jugaklah si Mateen tu nak masuk dalam kepala tapi cepat cepat aku halau guna Shieldtox alhamdulillah setia ku kini pasti. Haa gitu macam tajuk lagu je. Lagu siapa ea? Aimantino ea? Asal boleh je aku ni. Ahaks


Habis novel part pertama, aku tahu akan kewujudan bahagian kedua tapi saja aku tak baca. Lama juga aku tinggalkan Wattpad. Sampailah tengah malam tadi tergerak pula nak baca yang kedua punya. Allahu ya rabbi, novel apa ni sangat bermain emosi aku yang sedang mengandung! Haha. Menangis baca macam menangis tengok drama. Drama pun tak teruk aku nangis macam ni tau! Dah satu hal tengah malam tadi susah nak tidur sebab hidung tersumbat!  Itulah kau nangis lagi! Nangis macam mati laki! Hahaha. 


Disebabkan malam tadi dah khatam bahagian kedua, aku nekad siang tadi untuk khatam yg bahagian ketiga sebab fikir mesti part last ni best best je. Sekali aku silap wehhh..   Jujurlah, this part aku banyak langkau baca sebab sakit hati! Rasa macam dirobek robek hati ni. Even sekarang pun tak boleh ingat muka Mateen, sakit je hati ni. Kau kata kau cintakan Irina, jumpa perempuan lain senang senang kau curang siap buat projek lagi.  Macam lah kuat sangat! Haha geram pulak aku!  Yang aku sakit hati tu, dengan kawan baik Irina pulak tu. Yang kawan dia tu pun.. Hei Tak boleh move on betul aku dengan bahagian last ni. 


So itu aku boleh buat konklusi mengenai novel Be My Princess ni. Tahniah buat penulis Dk Hajar yang sangat pandai bermain emosi sepanjang dalam cerita. Oh tadi sebelum aku taip entri, aku terperasan tajuk Be My Princess: Syawal tapi Syawal 2018 la. Ya aku tau aku lambat! πŸ˜†  So aku ingat nak try khatam malam ni jugak. Harapnya berbungalah bila membaca macam part 1 sebab tak larat mak nakkk.. Menangis untuk benda yang bukan realiti. Mak ni manalah suka bazirkan air mata kepada benda yang sia sia. Kah! 😝  

Adios! 


1 ulasan:

  1. Pernah baca yg first tu je yg 2nd 3rd belum lg πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com