Jumaat, 15 Mei 2020

Cara Daftar Perniagaan Makanan di Foodpanda Apps

Assalamualaikum and hai gaiss

Hari ini nak share mungkin sedikit sebanyak boleh membantu para peniaga makanan di luar sana untuk melebarkan lagi sayap perniagaan mereka.

Macam korang tau, nowadays orang jarang dan malas dah nak bukak Facebook group delivery makanan tengok satu-satu. Sebab ramai orang jenis semua nak cepat. Dorang klik2 pastu tunggu dalam beberapa minit paling lama 30minit. Tak macam FB group delivery, kena whatsapp kena tunggu paling lama 1-2 jam baru dapat makanan. Betul tak?

So bila jadi macam tu seller makanan punya pendapatan for sure akan merundum. Dan for sure restoran/seller food homebased yang berdaftar di Foodpanda yang laku macam pisang goreng.

So macam mana nak daftar? Senang ke? Berdasarkan pengalaman sendiri yes sangat senang gaiss. So jom kita tengok!

1) Klik https://www.restaurant.foodpanda.my/ dan isi butiran diri dan perniagaan di situ


2) Akhir butiran, korang kena lampirkan sekali menu yang korang nak jual di foodpanda. Menu ni tolong buat cantik-cantik suruhlah anak ke, bini ke taipkan dalam Microsoft Words siap dengan gambar kalau boleh.

Untuk restoran, sure banyak menu kan? Kat kedai makanan korang tu kan ada menu atas meja? Korang just snap je gambar menu tu. Janji terang dan jelas setiap perkataan dalam menu tu.



3) Then klik SUBMIT FORM. Tunggu respon dari Foodpanda. Dorang akan contact by Whatsapp. Yang handle segala inquiry foodpanda dalam Whatsapp tu Mr Chia.

Bila dah dapat Whatsapp, korang kena sabar sikit respon dari dia. Sebab yela dia handle bukan kau sorang. Ramai lagi seller makanan lain dia nak handle.

4) Biasa dia Whatsapp dia akan minta:



So make sure nak daftar bisnes makanan dekat foodpanda kena ada SSM. Even dari rumah pun, takde SSM tak boleh ok. 


5) Lepastu dia akan terus send Vendor Registration Form dalam bentuk Pdf di mana dalam borang tu dia dah siap isi kan untuk kita. So no need to isi form bagai. Btw borang tu siap dengan kontrak tau.


6) Lepas tu Foodpanda akan hantar email. Dalam email tu ada link untuk kita manage menu. So dalam tu nak letak gambar menu ke, nak tukar harga ke just update dalam link yang dia bagi tu.



7) Lepas tu dalam masa sama, ada parcel dari Foodpanda datang rumah berbentuk sebuah kotak. Dalam kotak tu ada handphone Samsung A10S. Tapi jangan nak gembira sangat ya, handphone tu memang hanya untuk owner buka apps tengok order je. Idokler untuk bukak Instagram/FB nak snap gambar bagai😂


Dalam kotak ada juga item lain untuk dilekatkan di premis, so that orang datang kedai orang tau dan boleh order by foodpanda

Android foodpanda yang kita dapat boleh letak dalam ni.. Senang nak check out order

So dah itu sahaja. Senang kan? Sangat senang. Yang bisnes makanan dari rumah also can join as long as ada ssm. So any foodpanda vendor yang nak tambah atau mungkin ada yang korang nak tanya, boleh drop komen kat bawah. 

Nanti aku reply. Tenkiu! 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com