Sabtu, 4 Julai 2020

Checklist Perkara Yang Perlu Dibincang Dengan Bakal Tunang

Nampak macam remeh tau tapi rupanya ada perkara yang kita sendiri perlu berbincang dengan bakal tunang sebelum melangsungkan majlis pertunangan!

Bagi mengelakkan perselisihan faham antara kedua belah pihak dan masalah yang timbul semasa berlangsungnya majlis nanti☺️


Sebelum nak bertunang, bincanglah dengan bakal tunang tarikh bila nak melangsungkan pertunangan. Atas sebab apa? Supaya dua2 dapat apply cuti nanti pada hari majlis. 

Ini wajib dan penting! Bagi nak elakkan kekecohan pada hari majlis. Cik kak plis tanya cik abang tu berapa dia mampu dan nak bagi. Bila dah ada persetujuan, kalau boleh pada hari majlis pesan siap2 dekat tukang cakap majlis supaya tak perlu sebut berapa nilai wang hantaran dekat dlm majlis

Ini pun sama. Tetapkan berapa dulang nak beri berapa dulang nak balas. 5 balas 7 ke. Haa cam tu. Then decide apa nak letak atas dulang tu nanti masa pertunangan. Nak jimat, dan lebih ikut adat, banyakkanlah makanan dan manisan setiap dulang. Nanti kawen baru lah isi hadiah grand2 haa gituuu

Ini ofkos pihak perempuan akan memonopoli😂 pastu paksa lelaki pakai warna yang dorang tak suka. Lol

Bincang dan pilih cincin mana yang nak sarung nanti. Selalunya perempuan kalau tunang dorang tak suka beria gah sangat cincin macam makcik2 cukup lah simple ada sebutir dua berlian. Ahaks. 

Ok di harap perkongsian ini dapat bantu pasangan pasangan yang bakal bertunang di luar sana. Selamat bertunang! 

Sumber: Syafi Ibrahim 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com