Khamis, 2 Julai 2020

Rutin Kecantikan Harian, Mingguan & Bulanan



Kalau cakap pasal kecantikan aku rasa semua suka cantik. Terutamanya lelaki! 😆 Well lumrah lah seorang lelaki suka dengan benda yang cantik, tengok perempuam cantik 😂 Dan perempuan pun, perempuan mana tak suka jadi cantik? Tak suka orang puji cantik? Haaa tak gituuu.

Aku tak pastilah dalam zaman serba makin moden dan maju ni, adakah perempuan zaman sekarang masih seperti dahulu? Yang sangat menjaga rutin kecantikan?

Kalau tanya aku, walaupun kau tak tanya aku  haha. Macam aku suka nak jaga diri sejak umur aku 11 tahun. Wehh majalah mingguan wanita yang mak aku beli 2 bulan sekali dulu tu sangat mempengaruhi aku wehh haha. Ko bayangkan dan mesti ko tak percaya aku suka nengok Yatie Sendayu Tinggi since dia berumur 19 tahun if aku tak silap.

Majalah Mingguan Wanita jadi feveret dari dulu hingga kini 😜


Umur 11 tahun aku dah memasang impian dan bercita-cita nak makan jamu selepas aku period,LOL! Aku siap tanya mama samada mama ada makan jamu ke tak dan aku dengan bernada sinis berkata "maa jamu tu penting la maa, nak kasi cantik dalaman" Kahkah mesti mama aku menjadi kepelikan nengok pada usia 11 tahun dah berbicara soal kecantikan 😆😆😆

So back to the topic,  harini aku nak share fakta umum plus aku punya sendiri apakah rutin kecantikan yang seharusnya sebagai seorang perempuan lakukan demi menjaga kecantikan agar berseri selalu.


RUTIN KECANTIKAN HARIAN

Kalau sebelum ni, penjagaan asas ada takde je apakata start harini beli skincare dekat farmasi. Beli paling basic je gaiss, ikut pada masalah kulit muka. Kalau rasa muka kusam tapi takde masalah jerawat, belilah yang untuk brightening. Beli yang jenama murah2 pun tak apa. Janji cukup 4 rangkaian (facial wash, toner, moisturizer dan night cream). 

Paling murah, jimat dan ofkos selamat dan berkesan


Sunblock pun jangan lupa beli ok. Nak paling jimat, beli jenama BIORE. Paling murah RM 14 tak silap. Sunblock ni penting ok sebelum keluar rumah. Even duduk rumah pun kena pakai sunblock! Sebab kan ada cahaya yang menembusi tingkap2 tu.. Tengok skrin handphone pun ada cahaya UV tau. 

Walaupun dia paling murah tapi dia ni la aku paling suka! Sebab tekstur dia tak melekit mudah serap. So cepat dapatkan kat farmasi! 



RUTIN KECANTIKAN MINGGUAN

For me, skrub muka, pakai masker harus dibuat 2x je dalam seminggu. Buat sendiri je jangan bazir pi salon.  Macam skrub badan, banyak rangkaian body scrub jual dekat luar. Paling jimat beli jenama Sumber Ayu. RM 4-7 je tak silap. Skrub sebelum mandi. Kalau ada duit lebih, boleh pergi spa. Buat body scrub dalam RM 50+ je macam tu.. Tapi result memang kebabom la. 

Masker muka & skrub muka from FREEMAN. 

Rangkaian skrub muka dari St Ives. Recommended! 

Pelbagai pilihan skrub badan dari Sumber Ayu


Untuk sauna, sebenarnya function bukan untuk slim semata ya. Sauna bagus untuk peredaran darah dalam badan. Supaya darah dalam badan berjalan idokler statik je gitu. Kalau darah berjalan, automatik muka jadi kemerah2an haa kan cantikss. 

Untuk sauna,  aku sarankan beli je dekat shopee. Dah murah sekarang ni portable sauna. Kalau buat kat spa pun RM 30+ camtu. Kalau 4x sebulan buat harga dah RM 120..kau tambah lagi RM 15 dah dapat yang full set kalau beli dekat shopee atau lazada. 

Portable sauna boleh dapat sekarang serendah Rm 75 kat Lazada/Shopee




RUTIN KECANTIKAN BULANAN

Part ni best. Bagi aku, ni lah ME TIME untuk diri sendiri. Pergilah sebulan sekali je manjakan diri sendiri. Rawatan muka lazimnya RM 35 ke atas., rawatan rambut standard RM 50 ke atas.  Dan urut badan RM 50 ke atas. Harga yg aku sebut tu biasa yang paling minima.

Kalau rasa macam hee mahal la. Boleh tengok entri aku lagi satu. Ada satu apps yang boleh kita buat facial & urut badan murah dekat sekitar kawasan kita. Klik link ni untuk tahu lebih lanjut


Antara contoh salon/spa yang tawarkan facial, urut. Senang cerita from A to Z. 

So itu lah sedikit sebanyak perkongsian dari aku yang tak seberapa yang tak delah cantik ni 😆😂  Diharapkan perkongsian ini mampu menyedarkan para wanita di luar sana bahawasanya bukan retis je boleh cantik, kita-kita pum boleh cantikkss. Rajin tak rajin je 😘



Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com