Sabtu, 22 Ogos 2020

Aku Yang Khilaf


Aku yang khilaf.

Aku khilaf secara lisan.

Aku khilaf dari perbuatan.

Aku khilaf kerana aku lupa akan kekurangan dan kelemahan.


Jika aku buntukan diri dan berdiam diri,

Pasti tidak akan jadi begini.

Pasti ini tidak akan terjadi.

Pasti semuanya hanya tertutup rapat jauh di dalam sanubari.

Tapi aku sedar segalanya sudah berlalu pergi.


Malam yang hening tidak seharus aku pergi,

Pergi untuk mencari solusi

Rupanya hanya memakan diri

Dianiaya dalam gelap yang sepi.


Harini aku melangkah 

Melangkah ke depan dengan tabah

Semoga diri ku sentiasa dalam keadaan penuh sabar


Hari berganti hari

Masa berganti waktu

Mula terjentik hati

Adakah dia bisa memaafkan diriku?

Kerana aku dah memaafkan sepenuh hati


Di saat ini aku cuma mampu berdoa

Agar Allah membukakan pintu hatinya

Agar dia diberi petunjuk dan hidayah olehNya

Agar dia sedar dan tahu jika ia berlarutan ini hanya sekadar menjadi dosa

Dosa yang sia-sia.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com