Khamis, 20 Jun 2019

Cara Beli Tiket Movie GSC Murah Part 1

Disebabkan tiket GSC sold out habis masa aku nak taip untuk post cara beli tiket movie murah for Digi User, so aku decided untuk buat post cara beli tiket movie murah hanya guna Shopee dulu. 

Sebenarnya tak silap aku ada dua cara. Pertama, korang boleh taip dan search ๐Ÿ”Ž dekat Google menggunakan keywords: PROMO CODE GSC. Nanti akan ada banyak laman web yang offer diskaun/promo code yang appear. Seperti contoh couponation, picodi and so on. Kalau bernasib baik ada promo code, boleh terus copy promo code dari website dorang dan paste kan masa beli tiket GSC secara online. 

Contoh dari laman web Picodi

Kedua, boleh terus ke Shopee apps. Hah yang ini yang aku nak ajar ni. Sebelum tu kalau takde, boleh download dari Google Playstore/Applestore secara percuma. Ok got it? Ok jom ke next part. 


Sebelum masuk ke bahagian Shopee, makesure korang dah tahu movie apa nak tengok, tarikh bila dan jam berapa nak tengok. Sebab benda ni sangat penting untuk next part. Mana nak tengok showtime movie? Boleh terus ke laman web GSC. Ok jom buka Shopee apps pula. 


So buka Shopee apps, taip dekat bahagian search: TIKET GSC atau pun MOVIE TICKET. Nanti akan keluar banyak seller yang offer tiket movie murah murah. Pilihlah yang mana berkenan kat hati. 


Then sebelum klik BUY NOW, tolong chat dulu dengan seller movie apa yang nak tengok, tarikh bila, jam berapa, dan berapa orang. Penting untuk seller  check dan inform dekat kau dulu berapa harga tiket yang dia offer. 


Nanti seller akan reply harga tiket macam kat atas ni. So untuk cerita Men In Black International pada hari ini jam 10:50pm, jatuh harga RM 14.15 untuk satu tiket. Macam murah kan? Ok jom semak direct dengan laman web GSC pulak. 


Ini harga jika beli tiket direct dari laman web GSC.  RM 17.50 untuk satu tiket. Disebabkan murah lagi seller Shopee tadi, apalagi ajomlah terus membeli di Shopee tadi. 


Di ruangan jualan tiket seller tadi, haa baru boleh klik BUY NOW. Nanti dia akan keluar macam ni, then klik harga yang seller bagitau kau tadi. Dan tukar kuantiti kepada 2 tiket.  Terus klik ADD TO CART


So total RM 28.30 untuk dua tiket. Boleh klik PLACE ORDER untuk pembayaran. Selepas pembayaran,  seller akan beri CONFIRMATION ID untuk redeem tiket dekat kaunter tiket GSC nanti. Tak payah nak gelabah print out sangatlah confirmation ID tu. Cuba belajar selamatkan alam sekitar sikit. Cukup kau hafal dalam kepala je/save dalam telefon je. Then nanti masa kat kaunter tiket, sebut je nombor confirmation ID nanti tahulah staf GSC keluarkan tiket untuk kau nanti. Haa nampak?  Kan paper less dah di situ ๐Ÿ˜Š

Selamat berjimat cermat! 
Adios. 



Sabtu, 15 Jun 2019

Wattpad: Be My Princess 1/2/3 Personal Review

Jujur aku bukan sejenis kaki novel. Novel pertama dan terakhir aku beli adalah novel Suara Hati by Anis Ayuni. Itu pun sebab aku terbaca salah satu bab novel tu dalam majalah Mingguan Wanita tak silap dan masa itu umur aku baru 14 tahun. Kahkah. Selepas itu, maaf takdela aku nak membeli novel cinta bagai ni. 

Tak minat baca novel cinta tak semestinya tak minat membaca dikk.  Minat. Tapi tak berapa suka yang sarat emosi. Yang buat aku sakit kepala lepas membaca. Jadi, pilihan bahan bacaan aku dari usia aku remaja sampailah nak masuk mak kepada dua anak la ni adalah novel remaja. Mostly yang cover kulit novel ada blink blink dan warna pink tu lepastu judul novel pun gedik semacam nak mampos. Haha.  Jangan gelak ok!  Itu je aku boleh baca sebab tak sarat emosi dan aku pun tak emosi membaca, so bila baca macam chill chill je..  LOL!  Rasa perasaan macam adik adik muda sangat walhal dah tua bangka! ๐Ÿ˜† 

So balik semula kepada tajuk entri, memang lama dan tidaklah aku nak baca novel cinta yang sarat dengan emosi, mainan perasaan sekaligus menyakitkan jiwa sekali bila membaca ๐Ÿ˜‚ Tapi nak jadikan cerita, masa aku tersempak dengan novel Be My Princess ni, masa tu aku tak pasti aku cari keyword apa dekat google tapi berkaitan Brunei tak silap. Oh ya..sebab aku teringin nak ajak suami aku bercuti dekat Brunei..entah mabuk ketum celah mana entah tiberr teringin nak ke sana ๐Ÿ˜…


So google punya google pasal Brunei, keluar wattpad novel Be My Princess ni. FYI, dah lama dah cerita ni tapi baru jumpa dan baca. Mula baca sikit je, sekali tersuka pulak sebab jalan cerita banyak sangat ni manisnya dari masin.  Imagine hampir kesemua bab tak boleh stop senyum seorang diri bila membaca. Sengih je manjang๐Ÿ˜‚Nak tak nak bacalah sampai habis bahagian pertama ni. Awas ya kalau baca tolonglah istighfar lagi lagi yang dah kahwin tu. Silap haribulan kau boleh jatuh cinta dengan si Prince Mateen tu.  Aku? Alhamdulillah imanku tidaklah senipis bawang masih kuat lagi. Walaupunnn hampir jugaklah si Mateen tu nak masuk dalam kepala tapi cepat cepat aku halau guna Shieldtox alhamdulillah setia ku kini pasti. Haa gitu macam tajuk lagu je. Lagu siapa ea? Aimantino ea? Asal boleh je aku ni. Ahaks


Habis novel part pertama, aku tahu akan kewujudan bahagian kedua tapi saja aku tak baca. Lama juga aku tinggalkan Wattpad. Sampailah tengah malam tadi tergerak pula nak baca yang kedua punya. Allahu ya rabbi, novel apa ni sangat bermain emosi aku yang sedang mengandung! Haha. Menangis baca macam menangis tengok drama. Drama pun tak teruk aku nangis macam ni tau! Dah satu hal tengah malam tadi susah nak tidur sebab hidung tersumbat!  Itulah kau nangis lagi! Nangis macam mati laki! Hahaha. 


Disebabkan malam tadi dah khatam bahagian kedua, aku nekad siang tadi untuk khatam yg bahagian ketiga sebab fikir mesti part last ni best best je. Sekali aku silap wehhh..   Jujurlah, this part aku banyak langkau baca sebab sakit hati! Rasa macam dirobek robek hati ni. Even sekarang pun tak boleh ingat muka Mateen, sakit je hati ni. Kau kata kau cintakan Irina, jumpa perempuan lain senang senang kau curang siap buat projek lagi.  Macam lah kuat sangat! Haha geram pulak aku!  Yang aku sakit hati tu, dengan kawan baik Irina pulak tu. Yang kawan dia tu pun.. Hei Tak boleh move on betul aku dengan bahagian last ni. 


So itu aku boleh buat konklusi mengenai novel Be My Princess ni. Tahniah buat penulis Dk Hajar yang sangat pandai bermain emosi sepanjang dalam cerita. Oh tadi sebelum aku taip entri, aku terperasan tajuk Be My Princess: Syawal tapi Syawal 2018 la. Ya aku tau aku lambat! ๐Ÿ˜†  So aku ingat nak try khatam malam ni jugak. Harapnya berbungalah bila membaca macam part 1 sebab tak larat mak nakkk.. Menangis untuk benda yang bukan realiti. Mak ni manalah suka bazirkan air mata kepada benda yang sia sia. Kah! ๐Ÿ˜  

Adios! 


Rabu, 22 Mei 2019

Perginya Tokbah


[ 21.05.2019 ] ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†َ
_
‎‎ Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
_
" ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุงุบْูِุฑْู„َู‡ُ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُ ูˆَุนَุงูِู‡ِ ูˆَุงุนْูُ ุนَู†ْู‡ُ
Moga Allah ampuni Tokbah, rahmati Tokbah, maafkan Tokbah, muliakan kematian Tokbah, lapangkan kubur Tokbah, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal Tokbah, semoga Tokbah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah .... ‎
_
ุจِุณْู…ِ  ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…
‎ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ۞ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞ุงู…ูŠู†
_
"Tokbah, kami tak sanggup lihat Tokbah terbaring kekeringan. Kami gembira bila dapat berita Tokbah kembali bertenaga bila Tokbah terima rawatan (drip air, air gula, antibiotik). Hati berbunga dah terbayang Tokbah boleh makan dan berjalan semula dan meraikan hari raya bersama sebab kami tau Tokbah memang kuat semangatnya.
_
Tapi Allah beri perasaan gembira itu tak lama. Semasa kami semua harapkan keajaiban yg berlaku pada hari semalam, Allah ternyata lebih sayangkan Tokbah. Allah nak juga jemput Tokbah menghadap Allah di bulan yg mulia ini ๐Ÿ˜ข
_
Berehatlah Tokbah. Semoga husnul khotimah milikmu๐ŸŒผ"