Ahad, 24 April 2011

Resipi : Roti Goreng Berinti Sardin Bersalut Telur

Kes lapar.  terpikir nak buat minum petang untuk family.
Setelah bermundar-mandir selama 10 saat dekat dapur,
apa lagi terciptalah satu anjakan paradigma dalam diri ini.
Lama tak buat ROTI GORENG BERINTI SARDIN BERSALUT TELUR.

Hanya perlukan Kerajinan, Roti kosong buku Gardenia, Telur, Planta. 
Sekali lagi saya perkenalkan tetamu istimewa kita...Mak Datin Mayonis LadyChoice, yeay!
Untuk inti, aku guna sardin mama yang di amek curi-curi dan senyap-senyap dari dalam kuali. ^_^"



sapukan planta dan sardin pada roti sesyok sendiri. sapu macam korang sapu nutella or kaya cap kipas udang tiap-tiap pagi nak sarapan..

telangkupkan other roti atas roti yang dah kena tepek dengan sardin tu

then ikut suka ati koranglah nak belah berapa,belah dua ke empat ke, nak buat bentuk bulat ke, burung ke, kucing ke, kuda keee....

 sebelum goreng roti, pecahkan 2 biji telur ayam dalam mangkuk campurkan 1sudu besar mayonis, kemudian pukul campuran telur dan mayonis itu dengan ganas lagi rakus sampai terpecik-pecik, merembes-rembes campuran tu kat muka korang.
Then celupkan roti yang sudah di belah ke dalam dalam adunan telur.
Dah celup terus goreng dalam kuali yang sudah panas minyaknya itu. Agak-agak dah kekuningan tu, terus angkat! Paham?

Dah siap! Tapi sebelum makan, tangkap gambo dulu buat kenangan nak tunjuk kat cucu nanti..
Pastikan botol Mayonis Sebenar LadyChoice berada di sebelah makanan bagi menaikkan seri makanan, sekaligus melayakkan korang berduet dalam iklan LadyChoice bersama kak Sheila Rusly :')
Lupa nak cakap, roti ni boleh juga dimakan dengan sos cili sambil tengok budak-budak main bola dekat depan rumah korang.
Sumpah akan terasa bahagia bila dorang pulak yang meleleh tengok korang makan depan dorang.wakaka!

sekian saya yg melaporkan,
adios!

8 ulasan:

  1. jgn kata budak2 tu meleleh,,
    ni yg baru balik kerja pon meleleh juga,,
    hahaa

    BalasPadam
  2. Mak aih sedap nih. Nanti nak try hehe.

    BalasPadam
  3. syazaaaaaa, diettttttttt!!!


    *saje nk potong stim :D

    BalasPadam
  4. Roti Goreng Berinti Sardin Bersalut Telur..


    hahaha bgtau nama resipi die je pun dah leh tau dah bahan2 die. hehe.

    naseb bek tak tambah mayonis planta.

    *Roti planta Goreng Berinti Sardin Bersalut Telur with mayonis* :P

    BalasPadam
  5. abg wan nak order roti sardin 1 bungkus besar secara pos kepada cawangan alor gajah...

    BalasPadam

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com