Monday, December 1, 2014

Cara Order di Starbucks

Hahahaha for those yang memang dah lazim keluar masuk Starbucks sumpah akan gelak guling-guling tengok entri ni, entri cara nak beli Starbucks pun ada ea. Aku tergerak nak buat entri ni pun setelah orang komen kat instagram aku tanya macam mana cara nak order Starbucks memandangkan aku tidaklah lazim pergi ke sana tapi kalau dah dekat dengan rumah dan tekak pula miang mintak memang aku rasa muka aku jelah kot dekat Starbucks area Melaka Raya but sorry kakak take away je tak kuasa feeling-feeling kaya lepak sana. Haha. So meh kakak share dekat sini ya. Mana tahu boleh jadi rujukan kepada yang tidak tahu.

Actually order kat Starbucks sama je macam order keepsi mekdi bagai tu, korang tetap kena pergi kaunter order dekat kaunter. Bukan kau duduk kat meja orang amik order ya memang tak adanya orang nak layan pastu sentap sendiri terus update kat Twitter cakap barista Starbucks tak layan kaulah, barista senyum sinis dekat kaulah, hah sentap sangat makk! Sebenarnya kalau nak ikutkan staff Starbucks lagi mesra pelanggan berbanding staff kaunter fastfood tahu.


1. Pilih saiz cawan. Ada 3 jenis iaitu Tall(small) not sure harga berapa sebab selalu kalau aku mintak Tall pasti barista akan pujuk soh amik Grande dan Grande(medium) pula harga around RM15 ohoii sila tepuk dahi dan Venti(large) of course lagi mahal dari Grande dlm RM18 something I guess. So agak macam tak nak lari bajet orderlah saiz yang paling kecil atau medium. Jangan gatal pilih saiz besar pulak kang tak nak senak pulak perut kau penuh dengan air je, kalau kongsi tak apa huhu.

2. Pilih air apa yang kau nak. Selalunya orang muda akan pilih ice blended. So aku tunjuk ajar untuk ice blended jela ya. Dan lazimnya orang akan order is Javachip Frappucino, Chocolate Chip Frappucino, Greentea Frappucino, Vanilla Frappucino. Perisa-perisa yang aku sebut ni ohemji sangatlah sedap dan agak selalulah aku beli so nanti bolehlah cuba ya. If kau rasa macam tak best je suggestion aku ni, silakan rajin bertanya pada barista yg bertugas flavour apa yg tengah in sekarang ni. Dorang tak gelakkan kau kot, bahkan dorang akan sedia tersenyum bantu beritahu flavour apa yg best pada musim sekarang ini.

3. Pilih sama ada nak krim atau pun tidak. Certain orang yang tak suka muak dorang akan pilih tak nak krim tapi macam aku, aku memang suka krim siap mintak letak banyak-banyak lagi..miahaha.

4. Buat pembayaran. Ya, dah habis order bolehlah buat pembayaran dan tunggu minuman korang yang mabeles tu siap dan selepas itu bolehlah slurrp slurrp dengan hati yang girang.

masa ni kakak tengah layan greentea frappucino

Haaa senangkan? Senang je dan actually tak payah malu sangat nak tanya barista minuman apa yg best sebab dorang sangat tidak kedekut untuk bagitahu customer sebab apa aku cakap macam ni? sebab dulu masa aku tengah beratur kat kaunter dulu pun ada couple Chinese aku rasa 1st time kot datang Starbucks tak segan pun tanya macam mana nak order kat barista tu. So lepas ni bolehlah sekali sekala serbu Starbucks. Jangan hari-hari pulak, makin kayalah Israel sana sebab dah kau sumbang duit hari-hari plus kalau kau beli hari-hari aku rasa haish itu tokei balak pun boleh bankrupt! :D Alang2 tu jangan lupa klik iklan Nuffnang hakak ea, takkan baca je kot..klikla sikit, tak keluar duit pun ;p



adios!

7 comments:

Ehh Fina said...

ice blended mocha n latte ada ?

Anonymous said...

Dlm gmbr tu size medium ke?

Syazwan Zack said...

haha. Terasa noob. Tapi baik bertanya dari berlagak pandai kan. Tq utk info nie

Syazwan Zack said...

haha. Terasa noob. Tapi baik bertanya dari berlagak pandai kan. Tq utk info nie

Anonymous said...

bayaran tu utk cawan je ke atau minuman pun kena bayar me?

Anonymous said...

Ye betul tu...takyah malu bertanya huhuhu...aku pun slalu gak tanya kat barista, apa yg sedap ye? wlwpun mmg slalu gi n dah tau nak minum apa.... diorg mmg akan layan baik punya....

Anonymous said...

Dh pi telan benda tu,mention plak psl israel.dua benda yg saling bercanggah.tu tandanya,dlm ati sbnarnya rsa bslh sbb support israel tpi minum jgk sbb nafsu meronta2,tpi cover dgn ayat bukan selalu minum,tu yg keluar la statement gitu haha.

Copyright © 2011 Reserved to SweetSyaza
Design by Azhafizah.Com