Rabu, 25 Mac 2015

#SyazaEdyStory - PART 2


Kad bisnes mekap aku dekat dia! Macam mana kad bisnes boleh ada dkt tangan dia? Aku fikir. Pastu teringat abah. Tanya punya tanya rupanya abah yang bagi! Abah pass dekat mak mertua then mak mertua pass dekat suami. Rupanya dari last year suami perati. Tapi tak tau nak cakap macam mana. Yela kan masa first nampak tu dia dah kena jeling maut dari aku. Kahkah. Kebetulan mak mertua dulu zaman masa arwah abah mertua ada, dorang bukak foodstall depan rumah so abah memang rajin lepak minum pagi sana. So dari situ mak mertua tolong tanyakan abah pasal aku. Abah aku pulak jenis pe'el suka je kalau ada org nak masuk minang anak perempuan sulung dia ni janji boleh jaga dengan baik. Ada tanggungjawab.

Ni la kad MUA ai dulu 😌 

So balik pada cerita. Then esoknya dia call, cakap nak jumpa aku haritu jugak tapi malam selepas aku tutup butik.  Aku terkejut sebab terlalu cepat. Aku lagi suka berhubung dalam whatsapp dari berjumpa.  Come on too early la, kah! Tapi aku macam tak dapat nak bantah sebab perbualan terlalu cepat. Macam drama pukul 7 kat tv3 tu. Dia bagi masa sekian-sekian tahu-tahu dia dah ada dekat depan rumah tunggu dalam kereta. Hee geram betul masa tu!

Tutup butik jam 7pm, aku drive dari Merlimau balik ke rumah di Bandar Melaka.  Sepanjang drive aku macam 'ish taknakla jumpa, buat apa nak jumpa blablabla'



Sampai rumah, tak bukak tudung, tak mandi, aku terus touchup muka. Solat pun tak sebab cuti masa tu. Lepas maghrib jam 8 dia terus terpacak depan rumah. Kejap je kan? Yela dah duduk pun selorong je. Masa nak keluar tu, ingat lagi abah mama duduk di ruang tamu tengah tengok tv. Aku start protes. Aku cakap aku taknak keluar dengan dia. Siap duduk hentak kaki weh, hahaha. Mama abah pujuk. "Pergilah keluar minum dengan dia, kejap je."  Eh mama abah ni patut tak kasilah keluar sebab dah malam. So nak tak nak terpaksa keluar dengan muka monyok. Mama marah aku sebab aku buat muka masam. Haha! Even masa dalam kereta pun melihat aku mcm tak selesa, suami siap tanya "awak selesa tak?" Laa of course I am not okay. Dahlah baru kenal dalam Whatsapp sehari dua lepastu terus ajak keluar. Lagi mau tanya aku okay atau pun tidak? Grrr.

Masa first time jumpa, aku tengok dia secara sekilas pandang. Hmm be honest dia bukan taste aku, hahahaha! First impression je dah tak suka. Ya Rabbi aku menilai suami aku dari luaran ya. Jahat betul masa tu. Masa tu muka dia ada misai ada janggut, pakai jaket, pakai beg sandang, dan merokok! Itu semuaaaaaa jenis lelaki yang aku tak suka sekali hameekkaww jadi pun suami aku. Since nanti ada yang tanya kenapa tak suka? Ok biar aku terangkan. Aku tak suka lelaki pakai jaket sebab nampak pemalas. Nampak sangat dia tak ada baju nak pakai dan hanya sarungkan jaket sebagai penyelamat. Pakai beg sandang sebab pun sama nampak macam pemalas macam banyak nau benda nak bawak. Merokok terang-teranglah not good for health.

So back to the story, masa on the way tanpa hala tuju dia tanya aku mana nak makan? Aku cakap entahlah sebab takde keinginan nak makan. So dia bawak pergi dekat Oldtown White Coffee Melaka Raya. Dan sepanjang malam, dia je berbual panjang. Aku jawab sepatah. Reaksi pun hambar. Dengan harapan takdela dia nak jumpa aku lagi lepas ni. Jahat kan?

Bulat merah tu port kitorang lepak for the first time


And tell you what, lepas hari pertama bertemu, suami jadi tak serik untuk ajak berjumpa pada hari malam seterusnya. Aku jadi muak. Kenapa nak kena berjumpa almost everyday?! Tapi siapa sangka ya, rupanya suami cuba nak menangkan hati bakal isterinya pada ketika itu. Kuasa Allah, pada hari malam ketiga jadi eh terjatuh hati pulek! Amboi kau syaza, mudah nau jatuh hati pada orang. Nope! Aku bukan jenis mudah jatuh hati pada asalnya. Tapi lelaki ini yg buat aku nampak macam masa depan aku dengan dia. Ya. Aku tak tau kenapa, pertama kali hati ini terus terdetik 'aku rasa dia ni boleh jadi suami aku nanti'.  Kemain terdetik huhu.

Tapi tak cakap lagi dengan dia.  Jual mahal lagi ok. Haha. Until one day, dia cakap dia nak serious dengan aku. Kerana aku adalah seorang wanita yang sudah muak bercinta lantas aku pun menjawab "sorry saya tak berminat nak bermain cinta secara jujurnya. Kalau awak serious dan betul nak saya, masuk minang saya. Tapi kalau awak fikir, fikir dan fikir, sorry saya assume niat awak hanya cakap di mulut bukan hati." 

Dia diam.  Fikir barangkali. Adoi kenapa barangkali ea? Mungkin sudah. Aku ni mudah nau terpengaruh dengan ayat dalam novel. Come on ni bukan novel Syaza! Hahaha. Ok sambung balik. Terus dia capai handphone, call seseorang. Rupanya dia call mak dia! Dia suruh mak dia merisik dan meminang hujung minggu tu jugak! Allahu ya rabbi. Memang ya, mak dan arwah abah datang merisik. Aku pulak masa tu macam eh betul ke ni? Haha padan muka. Nak sangat serious kan? Konon tak mahu bermain cinta! Kahkah 

Dipendekkan cerita, famili dua2 setuju utk ikat tali pertunangan pada 25 Oktober 2014. Dan bertunanglah kami. Tapi lagi terperanjat,  famili taknak ikat lama. So decide 23 Mei 2015 jadi tarikh keramat buat kami berdua bergelar suami isteri. 

Tapi sebelum kita ke kisah perkahwinan.. Ada benda pahit berlaku semasa majlis pertunangan.

Yes until next part! 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com