Khamis, 26 Mac 2015

#SyazaEdyStory - PART 3

Masa bertunang

Sebelum cerita pasal kehidupan berkahwin, let me story masa bertunang. Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar. Sangat meriah ya. Ya Allah thank you adik2 The Siblings Band sebab sudi sumbangkan suara masa kenduri bertunang. Walhal jemput as tetamu. Tak sangka dorang nak nyanyi sekali. Pada yang nak booking The Siblings Band ni, korang cari je dekat Instagram and FB dorang ok. Boleh contact mama dorang, Cik Intan.

The Siblings Band 

Ok sambung balik. Dalam kemeriahan majlis pertunangan,  tak sangka ada kepahitan. Kerana ada yg try to persoalkan wang hantaran. Sebab wang hantaran dipersetujui 9K only. Ok jujur lah silap kami berdua tak bincang berapa total hantaran sebelum tunang. So masa majlis, jadi macam jualan tawar menawar pulak dah.  Memang agak kurang sopan jugalah. Dengan ada Tok Sidangnya yg kepala batu. Haha jahat aku. So bila jadi macam tu, makcik mula pertikai jadi batu api ea.  Anak dia pun tambah minyak. Kata mereka, aku ada diploma tak layak dapat wang hantaran below than 10k. Aku tak faham kenapa ada jugak kerabat jenis kolot macam ni.

Sebenarnya aku tak kisah tau pasal wang hantaran. Yang aku tahu aku cuma nak realisasikan impian aku iaitu kawen pada usia 25.  Plus aku really appreciate dia punya effort nak menghalalkan kami. Weh jujurlah ramai lelaki aku kenal, dia je yang beria dan nak kami cepat kawen.  Apalah sangat nak cantikkan wang hantaran jadi genap 10k? Sama je! Plus aku nak kehidupan selepas berkahwin selesa bukan dengan sibuk bayar hutang kawen sana sini.


Tapi kesiannya suami. Bila aku dicucuk2 pasal wang hantaran, aku tempiaskan kemarahan aku dekat dia. Aku hampir nak putuskan tunang on that day.  Kesian dia. Ya aku tahu aku jahat. Tak ada hati perut masa tu. Tapi semua salah makcik dan anak2 nya yang binawe tu. Busuk betul hati dorang. Tau lah jeles

 Nak salahkan mama abah jemput dorang pun tak guna dah rasa. Marilah kita sama-sama doakan agar makcik dibukakan pintu hati untuk menyesal segala perbuatannya dan kembali bertaubat kepada Allah. 

Ok ckup setakat ni. See u in next part. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com