Khamis, 26 Mac 2015

#SyazaEdyStory - PART 4


So at last kami tetap teruskan dengan wang hantaran sebanyak 9K. Aku anggap yang persoal wang hantaran kami masa tu manusia yang sedang diuji oleh Allah. Lantakla.

So on 23 Mei 2015 kitorang bernikah dan bersanding pada hari yang sama. Serious memang bajet punya. Mekap aku upah tukang mekap untuk mekapkan aku waktu nikah sahaja. Sanding? Aku touch up sendiri. Pelamin dan baju aku sewa dari Butik Andaman Remaja kat Bukit Gambir dapat 1.2k. Photographer aku suruh abang PZM dapat 1.2k. The rest, semua aku suruh mama abah pegang. Buatla apa yg patut. Aku taknak even sesen pun.


Cuma masalah pengapit. Sepatutnya kawan aku dekat UiTM Shah Alam yang jadi pengapit tapi sebab dia songeh haha so aku tak jadi amik dia. Wehh sorry Ayu.

at last aku hired sepupu. Guess what? Pengapit boleh buat hal ea. Masa nak sanding dia dah hampir nak tarik diri sebab dia nak duduk as tetamu je dgn adik beradik dia yg langsung tak ada tolong apa. Allahu, dahla pakai baju yg aku kasi tapi tak nak jadi pengapit. Aku pulak kena pujuk dia, cakap kejap je dia jadi pengapit. Guess what again? Masa makan beradap, dia la antara muka paling ketat sekali. Mak mertua siap ngadu dia jeling masa mak mertua cedok lauk. Even photographer pun tertanya kenapa tak ada sapa tolong cedokkan lauk, nasi utk pengantin so on. Sumpah nak nangis weh aku time tuu.. Sedih sangat. Aku rasa time tu bala sebab aku tak amik kawan baik aku jadi pengapit kot😆


Kenapala saudara sendiri tak boleh nak bantu aku masa tu? Walhal kakak2 sedara kawen sebelum ni even kakak2 dia aku ikut mama bantu buat goodies, datang sebelum majlis tolong itu ini. Time aku? Semua nak jadi tetamu. Taknak tolong. Sedihhh. Sedih tengok abah. Dia banyak tolong, tapi ini balasan anak2 buah dia dekat dia. Start dari majlis aku, aku dah cakap siapa punya wedding lepas ni lantak korang la.  

Hee geram ni sumpah geram.

Until next part! 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com