Rabu, 25 Mac 2015

#SyazaEdyStory - PART 1

Tak tahulah kenapa tiba rasa tergerak nak menulis cerita dan abadikan cerita dalam blog peribadi ini. Tak pernah langsung aku cerita pada sesiapa eksklusif hanya dalam blog ini.

Segala bermula dari perkenalan dengan suami. Sejujurnya, adalah satu hadiah dan nikmat yang sangat besar bila bertemu jodoh dengan suami. Perkenalan singkat bermula bila suami pernah nampak aku menyidai kain di jemuran setahun sebelum kami kenal. Tapi masa tu aku jual mahal, lagi aku jeling dia adalah kot masa dia berjalan lalu depan rumah konon nak setia pada yang satu masa tu. Sudahnya, setia jadi sia sia. 

Putus setelah 4 tahun menjalinkan hubungan sememangnya amat sukar bagi diri aku. Dunia gelap bagaikan tiada matahari di kemudian hari. Aku melayan perasaan. Kah! Macam novel pulek. Dari situ aku cuba bukakkan hati kepada orang lain. 7 bulan sebelum berjumpa dengan suami, macam macam jenis lelaki yg singgah mencari peluang. Satu pun aku tak kenan. Kawan pun sekadar mengisi ruang yang terluang, nak jadikan suami? Sorry seorang pun aku tak nampak masa depan mereka yang cemerlang.

Aku pendekkan cerita. Start Jun 2014 aku bukak butik vendor. Masa tu tengah trend ko. Aku pun nak jugak bukak one and only di Merlimau Melaka, iaitu Minus boutique. sekali datang bermacam butik kat Merlimau haha. So butik tu la jadi peneman masa aku lonely.


Hujung Ogos 2014 Abah tiba tiba tanya aku, "long, ada kad bisnes mekap tak? Kawan abah nak satu la, dia nak mekap" untuk makluman, masa tu aku masih aktif lagi mekap orang sana sini. Jadi bila dengar pertanyaan abah tu, aku jadi tidak pelik apatah lagi hairan. Sebab memang melayangkan kad bisnes mekap kepada orang dah jadi rutin setiap kali berjumpa. So aku bagi abah satu.


Selang beberapa hari, masa tu aku di butik. Aku dapat panggilan dari nombor yg aku tak kenal. Dan dulu pe'el aku suka angkat nombor tak kenal. Sekarang? Jangan harapla! Sekali dengar suara lelaki di hujung talian. Bertanyakan servis mekap kahwin. Yg peliknya, dia cakap wedding satu lorong taman perumahan aku. Aku ni kan walaupun jenis kera sumbang, tapi aku jelas sangat siapa jiran-jiran orang sekeliling rumah aku. Konon hafal la.  Aku tau siapa yg dah kawen or still bujang whatever. So dari situ aku start pelik. Mana ada perempuan bujang selain aku n adik aku? 

Perbualan tak dapat diteruskan sebab ada customer melangkah masuk. Aku sms dia kalau dia masih nak tau harga mekap. Jangan cakap aku gatal ea, sebab masa tu walaupun pelik tapi kalau bab rezeki aku memang tak tolak. 


So dari situ kami start berhubung melalui whatsapp. Benda jadi pelik bila tiber dia kata dia takde bakal bini lagi. Tapi akan ada dari lorong perumahan yg aku duduk tu. So aku anggap jela dia bergurau. Nak jadikan cerita masa keluar dinner dgn famili, dia hantar gambar something dekat whatsapp. Sekalii rupanya........ !

Until see u in next part.. 😉


Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com