Selasa, 11 April 2017

#SyazaEdyStory - PART 5

So selepas kahwin, sekali lagi silap kami laki bini tak fikir akan kehidupan selepas berkahwin. Mana nak duduk? Nak sewa ke? Nak duduk dengan mak ayah ke? Yes kitorang tak fikir langsung! So pada yang baca ni sebelum kawen buatlah keputusan yang menyenangkan dua belah pihak ok. 

Jadi pada awal perkahwinan, dua bulan pertama kitorang stay dekat rumah mak ayah secara bergilir. Weekdays dekat rumah parents suami, weekend dekat rumah parents aku since rumah mak ayah kami selorong je kan. 

Tapi makin lama makin tak boleh jadi. Aku risau bila dekat rumah mama abah dan aku gelisah dekat rumah mak mertua. Akhirnya aku suarakan pendapat aku dekat suami ajak dia cari rumah sewa. Sebelum aku suarakan aku sediakan siap-siap segala point yang kukuh kenapa kitorang perlu keluar dari rumah parents sendiri. 

Biar aku detailskan:
1) Supaya kami laki bini lebih berdikari lebih bertanggungjawab tau tanggungjawab masing-masing tanpa harapkan bantuan dari mak ayah kami
2) Nak ada privasi sendiri
3) Nanti akan ada anak sendiri. Takkan anak dah nak masuk dua tiga masih menumpang dekat rumah mak ayah? 
4) Aku teringin nak ada rumah sendiri. Aku suka nak hias rumah, aku nak masak untuk suami. Lol

Alhamdulillah segala point di atas diterima akal suami dan akhirnya saat yang paling aku tunggu ialah cari rumah sewa! Yeayy. 1st kami cari lokasi. Lokasi yang kami pilih dekat area Ujong Pasir atau area berdekatan Mahkota Parade. Jiwa mudakan.. Hahaha. 


Finally cari punya cari, jumpa rumah sewa bersebelahan dengan Masjid Selat Melaka iaitu Apartment Pulau Melaka. Tu diaa tengah laut dia kasi. 

Alhamdulillah kami masuk rumah sewa pada bulan puasa. Sempat la kami beraya di rumah baru. Ya ampun dia punya eksaited dapat duduk rumah sendiri dengan suami hanya Allah sahaja yang tahu. 

Rumah kitorang mula-mula masuk memang totally kosong habis gaiss.  Sampai Syarah lahir, rumah kitorang takde sofa. Hanya TV, Astro, peti sejuk itu pun pemberian Abah, meja makan pun pemberian Abah, dapur masak elektrik pemberian Mama, tilam bujang pemberian Mak dan toto.  Ingat balik Allah serba kekurangan masa tu. 

Suami dapat rezeki lebih, pelan-pelan dia beli sofa, meja kopi dan wing chair set.  Masa tu barulah nampak macam rumah sikit. Beli portable aircond jugak since bilik kami agak panas dan since tuan rumah tak kasi tebuk dinding pasang aircond so beli la yang portable dalam around 1k dekat Mudah. My.

Syarah & Tokdad. Masa ni baru ada sofa & chair set 

Masa ni raya, sekali celebrate birthday Iwan. Baru nak berjinak hias rumah masa ni 😊

Tapi sayang, kami tak dapat menyewa lama rumah ni. Dapat bertahan setahun 4 bulan macam tu. Lepas tu kami pun pindah keluar. 

Kenapa? 

Until next part! 



Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com