Ahad, 25 Mac 2018

Tips Cepat Jodoh

Kalau sebelum ni aku pernah share Tips Lupakan Ex Boyfriend. Harini I would love to share with u gaiss tips yang tak seberapa berdasarkan pengalaman sendiri supaya  mana mana yang single, rasa lonely sangat tu  rasa diri makin tua tapi masih belum ada calon supaya cepatlah dapat pengganti, cepatlah jodoh sampai. Malas dah nak bercinta, nak kawen terus! Yesssss i feel u! 😆

Masa aku putus cinta selepas 4 tahun menyulam kasih bhahaha nyulam kasih konon! Masa tu aku 24 tahun. Masa putus cinta putus kasih putus segala-galanya tu aku tak nangis sebab putus cinta,  tapi aku nangis sebab aku takut boleh ke aku nak capai misi hidup aku yang nak tamatkan zaman bujang masa usia 25 tahun? Wehh sekarang umur aku dah 24 tahun, tahun depan dah 25! Pulak baru putus cinta! Stress weh! 😆

Tapi aku nak ingatkan itu semua kerja Allah ya anak-anak. Kita cuma mampu ikhtiar je.  Syukur alhamdulillah, aku praktikkan 3 benda ni je dalam hidup aku masa aku lonely, I am so lonely,  i have no body.. Eh nyanyi pulek! 😆

Ajaibnya 2014, awal Januari aku putus dengan ex boyfriend, Oktober 2014 aku bertunang dengan suami aku yg sekarang. Itu pun aku tak mencari. Dia yg perasankan aku masa sidai baju luar rumah masa tahun 2013, di mana aku masih bersama dengan ex boyfriend.  Miahaha.

So inilah dia tiga rahsia cara aku memanggil jodoh. Haa gitu manggil kauu.. Memanggil tak apa jangan menyeru. Seriau! 😆 

1) Doa Cepat Jodoh (Versi aku.. Miehehe) 


"Ya Allah Ya Zaljalillwalikram, percepatkanlah jodoh hambaMu ini, dan hadiahkanlah kepada hambaMu ini seorang jodoh yang sentiasa beriman denganMu, yang baik sifatnya luar dan dalaman, yang boleh menerima dan menyayangi hambaMu ini seadanya.

Juga yang mempunyai pekerjaan yang baik, halal dan tetap agar dia boleh dan mampu menjaga dan menyara diriku dan zuriat kami nanti. Ameen ya rabbalalameen "

Doa dalam bahasa Melayu je. Janji sampai dan jelas. Doa lah ikut versi macam mana kau nak jodoh tu. Kau nak kaya ke, have2 ke kau cakap je dekat Allah. Kalau termakbul dapat jodoh kaya rezeki kau lah. Kalau tak, syukur je ada tu Allah nak kasi lebih dalam rezeki lain.

Tapi janganlah dalam doa kau pi request nak laki orang, aku tibai jugak guna pelepah kelapa sawit nanti. Kau jangan memain ea. Aku sensitip tau laki-laki orang ni. Kah! 

2) Petua Curi Makan Anggur Dulang Hantaran


Petua ni bukan kau je pelik aku pun pelik. Nenek saudara belah abah yang ajar tapi  rasa memang menjadi.  Cara dia, kalau  pergi kenduri kawen sepupu kau ke atau sesiapa kahwin (belah perempuan) kau cari hantaran buah-buahan. Tak kira lah samada dah bertukar atau belum hantaran tu. Ambil sebiji je anggur dari dulang hantaran tu buat syarat orang kata. Jangan kau pi bantai amik setangkai. Wah ko ni bedah.. Makan je kerja kau ea! 😆 

Baca bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 3x dan niat semoga diri dipercepatkan jodoh then terus makan. Petua masa kau nak ambil dan makan tu makesure jangan ada sesiapa nampak kau ambil dan makan.  Haa tu petuanya. 

Incase tak ada buah, boleh makan daun sireh. Yg ori tau bukan pelestikk 😅

Dulu sebelum kawen kalau ada sepupu kawen,  lepas tu kebetulan ada pulak nenek saudara aku tu, jangan nak lari la. Cepat ajer dia grab buah anggur sebiji, siap tolong selawat dan niatkan lagi pastu terus disumbatnya dalam mulut aku. Ada sekali tu, buah takde tau. Ada sireh je! Bayangkan jela aku kunyah cemana. Kena depan dia lak tu. Habis terus cari air! 😆 😆 

3) Rajinkan Diri Solat Hajat


Rajin rajinkan diri solat hajat. Tak dapat tiap malam, buat seminggu sekali pun okay. Doa mintak dekat Allah yang kita nak jodoh yg baik blablabla semua tu. Mintak bersungguh sungguh. Jelas dan nyata.  Jangan pernah putus asa. Allah itu sentiasa melihat dan mendengar tau. Allah cuma nak tengok sejauh mana kita berharap dengan Dia. Solat fardhu pun jangan tinggal.

4) Mandi Garam Aura


Ini aku buat jugak bedah. Aku mandi garam. Dah banyak kali aku mention mandi garam dalam blog aku ni. Boleh KLIK SINI. untuk tahu kelebihan mandi garam. Mandi garam lagi better dari mandi bunga. Sebab garam ni potential nak keluarkan segala aura negatif dan semangat jahat dalam diri kita.

Satu aku pesan, jangan mandi bunga dekat mana2 orang. Kita tak tau orang tu bacakan apa dalam air mandi kita. So better mandi garam sendiri. Guna garam bukit/kasar. Yang latest berlambak kan jual garam himalaya la garam aura la, haa pi beli hat tu. Buat 21 haru berturut2 tiap pagi. Niat supaya mandi garam ni jadi asbab kita dicepatkan jodoh.

UPDATED: Ada yang email tanya, boleh ke pakai minyak anugerah untuk ikhtiar? Boleh je.. Aku pun dlu rajin gak calit minyak haha. Tapi minyak anugerah je la. Yang mana?  yang kotak oren tu untuk menaikkan seri dan pemanis wajah. Idokler minyak bukan2 yang pengasih minyak dagu semua yang syikin tu. Haram tahu tak! Pastu kau tak takut ke hantu momok ikut kau? Heee.




Begitulah sedikit sebanyak cara aku semasa aku lonely. Boleh cuba mana tau kot menjadi. Benar jodoh itu rahsia Allah. Tapi kita sebagai manusia tak salah ikhtiar, usaha yang terbaik buat diri kita kan. So selamat mencari jodoh 😊 Aku doakan sesiapa yg baca post ini lagi sedang mencari jodoh dipertemukan jodoh yg baik baik. Ameen. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com