Ahad, 15 April 2018

#SyazaEdyStory - PART 6

Kami tak dapat nak duduk lama di rumah sewa Pulau Melaka atas faktor suami jauh nak ulang alik dari rumah ke pejabat kesihatannya yang terletak di Bukit Baru. Juga atas faktor Syarah semakin membesar, bunda jadi penat ni nak dukung Syarah turun naik tangga. Dahlah tingkat dua pulak tu. Faktor mistik juga jadi salah satu faktor terbesar kenapa kami berpindah.

Bayangkan dari zaman hamilkan Syarah sampai Syarah lahir non stop asyik dengar guli, orang menukang, orang seret perabot. Bila pergi jenguk rumah atas takde orang pun. Dorang semua dah pergi kerja. Bayangkan bila benda tu sehari tak dengar, aku rasa kosong. Macam ish sunyi la pulak. LOL

Dan setiap pagi mesti macam ada benda besar jatuh kat tingkat atas betul-betul atas muka aku. Dan benda tu jatuh tepat jam 7:20am setiap hari dan masa tu tengah tidur.


Lagi tambah pelik, kitorang selalu selisih faham setiap bulan pada 23hb. Rasa tak pelik ke? Dan paling ingatla Mama bagi cd ayat ruqyah untuk dipasang dalam rumah tu. Tapi aku tak pasang langsung. Macam mana ya nak gambarkan perasaan tu? Nak lawan tapi takut. So terbiar jela CD tu tanpa dipasang walau hanya 5 minit mesti tutup semula. Sebab rasa ada benda perati. 

So on October 2016 Edy amik keputusan drastik untuk kitorang blah dari rumah sewa tu. Sedih sebab rumah tu dekat dengan MP, DP tapi fikir semula tak boleh juga sebab agak jauh juga nak beli barang dapur di Peringgit.  Yelah beli barang kat Mahkota Parade tu apa je masa tu? Ada Giant je itu pun mahal ek. 

Masa packaging baju Syarah di rumah sewa Pulau Melaka

Jadi pada November dan Disember 2016, duduklah aku, Edy dan Syarah kembali dekat rumah mak mertua sebelum masuk ke rumah sewa kedua dan terakhir kami pada bulan Januari 2017.

Tapi nak menyampaikan ke bulan Januari tu nauzubillah rasa lama masa berlalu. Sampai berat aku drop sampai 50kg. Kejap kejap tanya Edy lama lagi ke tuan rumah sewa tu renovate rumah? Yelah impian nak hidup sendiri bersama bukan menyusahkan orang tua.  Tak apa sabar itu indah. 

Akhirnya pada Januari 2017 kami dapat pindah masuk rumah sewa kami yang terletak di sebuah kampung belakang taman perumahan rumah mama n mak mertua. Ok la senang dorang datang naik motor je tengok cucu. 


Jujur pada permulaan Edy tunjuk rumah sewa kami yang kedua ni tak kenan sangat. Sebab stail rumah ni satu bumbung ada 5 pintu kira ada 5 buah rumah. Lepas tu kan otak aku ni jenis memang mindset mesti jiran-jiran yang duduk sini jenis kolot, jenis kekampung jenis bebawang punya. Ya ampunn. 

Sekali rupanya tidak ya. Semua jenis macam kami baru nak hidup. Sebelah kanan je geng2 anak dara klate comey dooh. Aku tak tau la suami aku cuci mata ke tak nengok dorang. Hahahaha. 

Jujur lah walaupun sekarang kami tidak lagi duduk menyewa di rumah sewa kedua kami tu, kami rindu dengan jiran2 kami. Dua tahun duduk rumah sewa tu, dua tahun tak pernah miss buat open house tiap kali raya. Dan bukti aku selesa dengan rumah sewa kami, aku dah mula menatahias rumah sewa kami.

Masa mula mula pindah masuk rumah sewa

Until next part! 


2 ulasan:

  1. Rasa meremang pula bulu roma baca pasal rumah sewa di Pulau Melaka tu. Pernah juga dengar cerita jiran depan rumah saya malam-malam dengar orang main guli, bunyi seret almari dan macam-macam lagi. Benda-benda ghaib ni kita banyak tak tahu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann.. Sebenarnya banyak lagi, nampak budak lari dalam rumah ajak main sorok2 siap tinjau2 lagi.. Hihi. Tapi entahla jahil betul masa tu.. Seronok pulak tgk dia jengah2.. 😆

      Padam

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com