Rabu, 19 Disember 2018

#SyazaEdyStory - PART 7

Jadi sejak masuk rumah sewa kedua kami keadaan serba serbi menjadi seronok. Hubungan suami isteri semakin baik, kejiranan pun baik, rumah pun ceria dan tenang je. Macam mana ya nak gambarkan? Sebab wallahi rasa dia lain macam meskipun duduk di kampung.

Sebab rumah sewa yang tu la jadi rajin kemas rumah, hias rumah, rajin masak, tiber rajin tanam pokok. Sampaikan tahun kedua di mana tahun terakhir kami duduk situ, waktu raya rumah boleh jadi viral dalam Facebook. Hahaha viral ke? Viral la kalau dah hampir semua FB nak siarkan. Yedak? Ok over 😅😂




Some socmed yang menyiarkan artikel rumah sewa kami. 

Kadang kelakar pun ada bila rumah viral. Yela bukanla cantik mana pun sampai nak dihebahkan,LOL.

Btw walaupun kami selesa tinggal di rumah sewa masa tu, rasa hampir setiap minggu even setiap bulan kami laki bini asyik merayap di sekitar taman perumahan tengok kot ada rumah nak jual. Sebab suami jenis pe'el selagi tak beli rumah dia jenis bukan duduk diam. Tambah dengan target dia nak beli rumah sebelum usia dia menjangkau 30 tahun plus jenis mindset selagi tak dapat beli rumah, selagi itu dia tak akan fikir untuk dapatkan anak yang kedua. Bagi suami, cukuplah Syarah lahir dan membesar di rumah orang (sewa). Dia taknak anak lain pun macam tu, so imagine dia punya nekad macam mana.

Bayangkan, hidup 3 tahun menyewa bila masa kami tak keluar cari rumah? Dan bayangkan suami dia punya struggle nak beli rumah sampai setiap pelusuk Melaka merata dia cari.

Ingat lagi our first target lokasi adalah area Jasin. Taman perumahan betul2 sebelah Mydin Jasin, tapi sayang masa itu bukan rezeki kami. Kalau tak jadi orang Jasin dah haha. Lepas tu kami jalan cari di Bemban, di Serkam, Merlimau, even Sungai Rambai pun! Tapi tak ada yang kosong.

So nak jadikan cerita, masa September 2018 kami saja berjalan di sekitar area Bukit Katil, sekali ternampak deretan rumah single storey baru siap bina. Nampakla ada sekeping kertas lekat pada setiap sliding door rumah tulis 'UNTUK DIJUAL' berserta nombor telefon pemaju. 

Jadi suami nak cuba nasib. Suami pun call pemaju. Bertanyakan tentang nilai rumah itu..Yang aku, perasaan suka tak berapa suka masa tu. Yela kita dah selesa rumah sewa tu takkan tiba nak pindah kan? Memanglah seronok dapat rumah baru. Tapi sayang tau nak tinggalkan rumah yang banyak bagi memori best. Sayang nak tinggalkan jiran yang baik2. Huuuu

Ceh over je aku ni, belum tau dapat ke tak.. Baru call tanya nilai rumah 😑

Until next part





Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com