Khamis, 11 April 2019

Tips Lebih Murah Lebih Mudah dengan Aplikasi FAVE!


Pada yang tak tahu, FAVE apps ini asalnya dari GROUPON. Kalau dulu Groupon selepas kita purchase seperti contoh manicure di salon yang berdekatan dengan area rumah kita, kita kena print out voucher sebelum redeem. Tapi untuk FAVE, tak perlu dah susah susah nak print out.  Beli baucar then korang swipe je masa korang dah sampai tempat yang korang nak redeem tu.

Sebenarnya dalam kehidupan aku sendiri, aplikasi FAVE banyak membantu menjimatkan duit aku. Seperti contoh, masa sambutan hari lahir mama dan abah pada tahun lepas dan dua tahun lepas.  Hi tea di hotel semua tu aku tempah directly dari FAVE apps. Sangat berbaloi! Macam contoh range harga hi tea di Mahkota Hotel Melaka, seorang dewasa harga RM 42 tau, tu baru seorang. Kalau nak pergi makan berempat? Total dah RM 168! Tapi kalau beli dari aplikasi FAVE, harga empat orang makan baru RM 132 di mana harga bagi seorang dewasa jatuh jadi RM 33 seorang sahaja!

Harga sebenar hi tea Mahkota Hotel Melaka

Harga di FAVE apps

So pada yang teringin nak try dinner/lunch/breakfast even hi tea dekat hotel, FAVE sememangnya pilihan yg agak tepat. So uols dah tahu ni tak payahlah cakap acah aku ada banyak duit ke, orang kaya ke apa sebelum ni.  Aku sama je macam korang cumanya aku ni bijak sikit la dari korang. Jenis bijak mana nak cari port murah. Miahaha. 

So back to the story, same goes kalau korang jenis pergi spa sebulan sekali jenis suka berurut. Majority spa harga RM 50+ ada jugak sampai RM 100 kan untuk massage? Tapi dengan FAVE korang mampu dapat full body massage dengan harga RM 40+- je! Ada juga RM 38. Sama juga manicure. Express manicure aku selalu pergi dekat salun kecantikan Diverse Beauty di Bukit Beruang Melaka. RM 10 je guna FAVE apps tau. Dah la murah, staf dia pun friendly. Another servis yg aku rekemen is Oxygen Facial. RM 28 untuk sejam termasuk ada extraction buang jerawat, picit whitehead blackhead semua tu. 

So itu sahaja review aku mengenai FAVE apps setakat ini. Lepas ni aku akan share cara jimat beli tiket movie murah dan cara jimat beli TeaLive RM 3.99 dari harga asal RM 6.50!

Adios




Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com