Jumaat, 5 April 2019

Resepi: Ayam Masak Lemak Cilipadi N9 Style & Sayur Kobis Goreng


Salam Jumaat. Minggu ni tak balik Muar so dapatlah masak harini. Cakap pasal masak, dalam banyak masakan kampung, aku paling suka masak lemak cili padi. Tak kiralah masak lemak rebung ke, masak lemak pisang muda, atau nangka, ikan, udang, ketam ataupun ayam. Memang favourite sangat! Masak lemak cili padi ni ada macam macam cara tak silap aku.  Ada yang letak bawang, ada yang suka tumis bahan baru masukkan santan, ada yang blender sekali dengan santan.  

Tapi ikutkan cara yang betul style orang nismilan bila masak lemak cili padi, dorang tak guna bawang tau! Hanya halia dan seberapa banyak cili padi. Minyak pun tak letak. Sebab nanti minyak dia kan terhasil dari ayam tadi.  Haaaa gitu. So aku antara yang jenis masak lemak cili padi tak guna bawang dan minyak.  So macam mana resepi dia? Nahh.. Resepi  yang ringkas tak pening kepala utk 2 orang makan

Bahan untuk diblender:
  • Cili padi (akar/kampung whatever janji cilipadi ikut berapa banyak nak) 
  • Halia (dalam seinci lebih) 
  • Serbuk santan paket (1 paket sahaja) 
  • Serbuk kunyit/ibu kunyit (aku guna serbuk kunyit, amik dalam satu sudu kecil) 
  • Belacan (pilihan. Boleh letak atau tak)

Bahan untuk dimasak
  • Ayam (6/8 ketul untuk 2 orang makan) 
  • Serai (1 batang dan dititik/diketuk) 
  • Asam keping (2 keping) 
  • Kentang (1-2 biji belah 4) 
  • Garam halus (1 sudu kecil) 
  • Serbuk perasa (aku guna ajinomoto yg botol tu) 
  • Baby tomato (3-4 biji. Boleh letak atau tidak) 

Cara-cara

Blender ke semua bahan bahan untuk diblender. Aku pakai santan jenis serbuk paket sebab senang blender sekali. Blender dengan dua cawan air

Dalam periuk,  letak siap siap ayam yang dah siap dipotong dan tuang semua bahan yang dah diblender tadi ke dalam periuk

Letak asam keping dan serai, kacau dan biarkan sekejap. 

Masukkan kentang, satu sudu kecil garam halus dan serbuk perasa letak sikit sahaja. Letak banyak nanti mau lidas lidah kau kang. Kacau sehingga mendidih. 

 
Letak baby tomato (lupa snap pic). Biarkan seketika dalam 5 min. Tutup api. Siap! 


Sayur Kobis Goreng

Bahan-bahan

  • Bawang merah (2 ulas dihiris) 
  • Bawang putih (2 ulas dihiris) 
  • Sedikit ikan bilis/serbuk ikan bilis
  • Garam halus (1/2 sudu kecil) 
  • Kobis Beijing (sukatan agak agak. Dan dihiris) 
  • Cili Merah (1 tangkai dan dihiris) 
  • Minyak masak (1sudu besar) 

Cara-cara

Dalam kuali tumiskan bawang merah, putih dan ikan bilis sehingga naik bau. Boleh masukkan sos tiram kalau nak. 

Masukkan sayur kobis dan cili merah dan kacau. 

Masukkan garam, sedikit air (jika kering) dan kacau biarkan seketika dan tutup api. Siap. 

Inilah dia resepi simple dan mudah je Ayam Masak Lemak Cilipadi dan Sayur Kobis Goreng cara aku. Add on: Telur Dadar. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba! 




1 ulasan:

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com