Isnin, 22 April 2019

#SyazaEdyStory - PART 8

Jadi dipendekkan cerita, Edy tunjuk aku harga deretan rumah yang kami tengok tempoh hari. Dalam hati 'alamakaii gigih la pulak laki aku ni, chill chill sudah' hahaha walhal cakap jelah dekat laki kau yang kau dah seronok duduk kat rumah sewa tu kan.

So dengan keterpaksaan lihat jugalah plan rumah tu berserta harga. Ok setiap rumah lain-lain rupanya harga sebab lain pattern. Cakap pasal pattern jujur ini pertama kali dalam hidup aku, deretan rumah yang berbeza setiap dalamnya. Luar nampak sama dalam dan belakang lain ya anak-anak. Jadi pening ni kepala aku melihat.

Selepas buat keputusan Edy pun start standby segala dokumen untuk kelulusan syarikat pemaju dan majikan. Guess what, lulus. Majikan pun lulus. Aku jadi tak keruan. Tak tau nak tumpang gembira atau sedih. Aku taknak pindah! 😆 Nanti aku rindu jiran-jiran aku Mel & Syira. Serious nak nangis je time tu. Tapi takkanlah aku tak tumpang gembira bila melihat suami aku gembira.

Masa dapat tahu tu awal bulan Oktober 2018. Dan bulan itulah bulan last kitorang duduk di rumah sewa. Gaiss masa itu aku rasa terlalu cepat sangat berlalu gaiss. Nak aje aku suruh tangguhkan sampai hujung tahun, tapi Edy taknak. Sebab bulan November gaji dah start tolak. So terpaksalah pindah juga masa 31 Oktober. Aku ingatkan proses pemindahan akan ambil masa yang lama, rupanya 2-3x trip lori dah setel semua.

Bila dah setel semua yeah sampaila masa untuk ucapkan selamat tinggal rumah sewa yang banyak bagi memori manis buat kami sekeluarga. Beratnya hati nak drive keluar dari area perumahan tu hanya Allah je yang tahu.

Sampai je di area perumahan baru kami..

Guess what?!

Until next part! 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com