Khamis, 25 April 2019

#SyazaEdyStory - PART 9

Sampai je di area rumah perumahan baru kami yang terletak di Bukit Katil, rupanya kamilah orang yang pertama sekali pindah masuk ya. Bayangkan sebaris perumahan baru kami orang pertama yang pindah, tambah tiada grill lagi. Untung aje depan rumah ada sebaris perumahan semi-D lama. So memang semua rumah ada penghuni. Tapi bayangla nama pun semi-D susah nak nampak bayang orang keluar masuk.


Tapi kitorang onz je. Tetap juga duduk. Oh masa kitorang pindah, Syarah tak ikut sama sekali. Dia duduk dengan mama dan abah. So dia memang tak tau kami dah pindah rumah. Hari pertama duduk, jadi eksaited beli apa yang kurang. Malam tu jugak kami berdua pergi Kaison di Mahkota Parade. Dah duduk Bkt Katil baru rasa jauhnya Mahkota Parade 😂😂😂 Sebelum ni duduk Semabok rasa dekat lagi.



So dekat Kaison kami beli wood blind nak pasang antara rumah kami dan rumah jiran sebelah. Beli window blind nak pasang dekat dapur. Beli cadar baru, lol. Dan balik tu tak sempat sempat terus pasang semua benda yang dah beli.

Gigih beli cadar ikut theme, LOL

Esoknya kami keluar lagi. Kalini beli barang untuk ruang tamu. Since Edy banyak menyumbang besar time beli rumah, elektrik, lampu, kipas, grill so aku decided untuk bantu dari segi furniture since aku agak minat mendekorasi. Kah! Mendekorasi ea. Cakap deko deko sudah. 

So esoknya kami keluar awal pagi. Selepas daftar Syarah dekat taska, kitorang terus ke Cheng beli kabinet TV. Kabinet TV dekat situ murah ok kami dapat RM 550 siap datang pasang. Boleh tengok dekat Facebook KABINET TV MEGATECH.

Lepas bayar kabinet tv kami terus gerak ke SSF Jalan Hang Tuah nak beli sofa. Paling ditunggu! Sebab lama ngidam sofa SSF 😂 Untung kami sehati sejiwa so proses pemilihan sofa agak cepat. Kami nekad pilih sofa minimal chasterfield berwarna kelabu yang berharga RM 1999. Tapi sebab beli masa bulan kelahiran dapat less 40% so jatuh harga RM 1199 sahaja termasuk hantar. Berbunga betul rasa dapat beli sofa idaman masa tu 😄

Selepas buat bayaran sofa, ternyata masih ada yang kurang. Ya cermin besar saiz 6 kaki! Lama dah nak beli letak di ruang tamu. So kami beli juga cermin besar 6kaki di kedai perabot pakistan sebelah KIP MART Bachang Melaka. Cash & carry ok! Bayangkanlah bawa balik cermin besar tu guna kereta Axia je! Gila betul kitorang laki bini time tu. 

Masya Allah alhamdulillah maka sedikit sebanyak lengkaplah rumah kami. Itu pun banyak lagi nak tambah. In shaa Allah sikit-sikit. Sebab kalau beli serentak tokey balak pun boleh bankrap yedak? 😂



Until next part! Eh ada lagi ke? Aku dah malas ni nak menaip 😆


Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com