Rabu, 13 Mei 2020

#SyazaEdyStory - PART 10

So alhamdulillah minggu depan genap 2x raya kitorang beraya di rumah baru ni. Rumah so far so good takde gangguan mistik setakat ni melainkan masa tinggalkan rumah hampir 3 bulan aritu time nak bersalin je ada la sepasang benda menumpang. Tapi alhamdulillah berkat bertapa 40 hari 40 malam dekat puncak Gunung Ledang sebelum beranak dulu, aku kebal menghadapi semua mistik ini. Kahkah seronok jugak ea gebang2 ayat macam ni πŸ˜†

Takdelah aku dah jadi biasalah hadap benda ni. As long as aku dapat tau yg sepasang setan tu jenis pasif tak kacau kami, so aku ok je. Biarlah depa duduk bilik tu, bukan ada sapa dok pun.. Cuma aku pelik la sejak aku rajin pasang surah Al Baqarah, rajin baca quran tiap hari, simpan batang pokok bidara dalam rumah, tabur garam ruqyah n biji lada hitam dalam rumah tiberr rasa tenang dan terang rumah. Dorang dah lari ke? Aisehh baru nak soh stay jadikan orang gaji. Sekor bibik sekor lagi gardener πŸ˜‚

Bilik paling belakang selepas digotong royongkan. Sebelum ni katil single, tapi sebab dia dah couple so dia dah pindah kat bilik wardrobeπŸ˜‚


Btw rumah walaupun semakin bertambah barangannya tetap masih ada yang kurang. In shaa Allah my next target adalah dapur, mini landskap depan rumah.  Tapi sebab nak raya so barang terlalu loaded di kurier so aku taknak la menanggung risiko dapat barang terlalu lama.


Our living area


N alhamdulillah juga anak masuk dua dah. Masuk je rumah baru terus dapat anak baru. Eh? 😜 Dua dua perempuan. Belum rezeki timang anak lelaki. In shaa allah lepas ni adalah rezeki anak lelaki pulak. Tahun depan kot. Tahun depan jela. Malas aku nak beranak2 lagi tunggu2 tahun ni. Ikutkan umur 30 ni last aku beranak tau. Tapi sebab melayankan ayah Syarah yang selagi tak dapat rumah sendiri, Syarah tak boleh ada adik, so aku turutkan. Kalau tak ikutkan umur aku 26 tahun dapat Syarah, 28 tahun anak kedua, 30 tahun anak ketiga. Haa ok la kan! 31 tahun ke atas fokus besarkan anak2 je sambil kecikkan badan. Ya kecikkan badan, badan tak boleh ikut sama besar ya! Wah mentang2 nak besarkan anak, badan pun nak ikut sama besar ya!  πŸ˜‚

Doakan agar rumahtangga kami sentiasa harmoni, kekal sehingga ke syurga. Dan doakan rezeki kami timang anak lelaki next year! πŸ˜† Hai abang? U nampak tak ni I cakap apa? I nak last beranak next year tau hahaha. 

Ok bai! 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Kindly drop off your comments below. Any inquiry, email me syaza38@gmail.com